Misi Rakyat - Misi Foods

Misi Rakyat - Misi Foods

Share

15/09/2024

Sape ada tiket cabutan bertuah?

Alhamdulillah sekian lama bertahan dan naik selangkah demi selangkah. Perjuangan Admin, Rider, Vendor dan Customer bersama Misi semakin melangkah besar.
Terima kasih semua, siap sedia untuk naik lebih tinggi kali ni.

Jom daftar sebagai pengguna Misi sekarang
Review pun boleh dapat komisen lepas ni. Ok tak? Kalau ok, install Misi siap2.. 15 April ni mula diaktifkan.

Daftar dan install sekarang
https://osini.co/misidaftar

Photos from Misi Rakyat - Misi Foods's post 12/09/2024

“Puncak Alam akan sesak pada 16 sept ni sebab semua nak datang Kenduri Rakyat 1963 anjuran Misi”
Tolong Share pada semua
Dulu saya pernah cetuskan Tanah Melayu kembali bertanjak pada Hari Malaysia, tahun ini p**a kita kembalikan suasana tahun 1963 di Puncak Alam.
Sekitar 20,000 orang atau lebih akan hadir berpakaian seperti tahun 60an.. memang tak habis bergambarlah semua nanti.
Ada hadiah wang tunai untuk pakaian terbaik individu dan kategori keluarga. Kemudian kita akan ada permainan kampung, persembahan silat dan ada peniaga2 seperti tahun 1963.
Makan kenduri bermula jam 3pm insyaAllah.. tolong share post ni kepada keluarga dan kawan2 anda.. jemput hadir dan sambut Hari Lahir Baginda saw dan Hari Malaysia di tahun 1963..
Jumpa disana ye ❤️

11/09/2024

“Nampaknya Kenduri Rakyat 16 sept ni kos sudah mencecah RM130,000 berbanding bajet asal RM99,000”
RM50,000 sahaja untuk cabutan bertuah, selebihnya untuk kos kenduri yang membawa konsep tahun 1963 tahun bermulanya nama Malaysia.
Sudah tentu wife saya yang paling terkejut sebab saya selalu buat semua benda mengejut. Apatah lagi seluruh department Misi sudah selalu hadap cara saya.
Semua tahu profit misi sangat kecil, 5% sahaja yg disimpan untuk maintenance server.. tapi saya decide untuk buat kenduri sempena Hari Lahir Baginda saw dan Hari Malaysia pada 16 sept di Puncak Alam. (Semua dijemput hadir, jemputan terbuka)
Sy tahu jumlah tu besar, cuma saya tidak pernah pandang tinggi pada duit ringgit.. tujuan Misi jelas dan hanya mahu membina ekonomi baru negara, bantu semua peringkat peniaga, buka ribuan peluang pekerjaan pada rider, menguasai supply and demand, membangunkan Misi Farms, dan yang paling utama sekali ialah membina semula masyarakat bersatu yang berakhlak seperti Baginda saw.
Ramai yg tidak sedar apa yg misi nak sebenarnya.. jika nak duit, lebih cepat jika saya terima sahaja pelabur pump berjuta ringgit..
Jika nak berpolitik, dah lama saya bertanding dan merapati ahli-ahli politik.. tapi sy dah cakap, jika saya bertanding.. semua sila tinggalkan Misi..
Jika nak berbisnes, dah lama saya kenakan komisen 30% sebagaimana syarikat luar negara kenakan ke atas peniaga2 kita..
Apa yg sebenarnya Misi mahu?
Saya mahu memberikan misi (tujuan hidup) pada rakyat agar kenali diri dan kenali kekuatan umat Baginda saw yang pernah disatukan pada suatu masa dulu dan berjaya membina dunia yg penuh rahmat dan kebaikan pada seluruh dunia.
Saya tidak berdakwah atau bercakap semata-mata.. sy tahu tiada manusia yang akan berjuang jika asing daripada pekerjaan dan cara hidup sedia ada..
Jadi, sy wujudkan ekosistem ekonomi baru yang membuatkan rakyat-rakyat duduk pada posisi yang sesuai dengan diri masing2.
Ada yg jadi admin, ada yg jadi rider, ada yang berniaga dan ada yang menjadi para pengguna..
Di mata anda, mungkin melihat ini adalah Food Delivery.. tapi di mata hati saya.. ini adalah perubahan yang sedang dibina dan dijalani oleh rakyat-rakyat di setiap pihak.
Inilah yang Misi mahukan sejak hari pertama misi rakyat dimulakan.. sy ingin rakyat tahu, perubahan bermula dari dalam diri setiap kita yang menyatu di dalam satu Misi bersama.
Jika ditanya kenapa sanggup belanja kenduri rakyat ni hingga RM130,000+, jawapan saya..
Kenduri ni bukan catering.. ini adalah kenduri yang mana, masyarakat bergotong royong melapah lembu 7 ekor, rewang bersama2 meriah, masak bersama2 10 Kawah serentak.. Rakyat jalani semula penyatuan yang penuh keindahan sifat-sifat Tuhan.
Malah semua ni diatur secara last minute dalam masa tak sampai 30 hari.. sebab sy sendiri ikut apa gerak hati.. saya tahu apabila Allah sudah takdirkan begini, pasti semuanya sudah teratur untuk diikuti..
Dan memang kita semua mudah sepakat dan pantas malah bijak di dalam pencaturan kenduri sehingga semua berjalan dengan baik. InsyaAllah
Misi sedang persiapkan masyarakat utk perubahan dari bawah hingga atas.. semuanya demi kebaikan hingga tiada lagi orang kaya yang menyimpan kekayaan untuk diri sendiri melainkan mereka akan sedar kekayaan mereka adalah tanggungjawab untuk semua..
Jika tanya kenapa Misi naik sangat perlahan.. kerana sy tidak mahu mendahului takdir Tuhan.. perjalanan kita membina jatidiri rakyat.. bukan semata2 dunia..
Dunia berubah mengikut kita. Sekecil-kecil langkah kita sedang mengubah dunia.
Install Misi jika anda sudah mengerti
Nota tambahan, jumlah diatas bukan dari tabung sumbangan.. itulah profit dari misi delivery yang sy bina untuk rakyat..

Daftar dan install sekarang
https://osini.co/misidaftar

10/09/2024

With Founder Misi – I just got recognized as one of their top fans! 🎉

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Rawang
48300