APM Putatan

APM Putatan

Share

09/06/2026

2 HARI LAGI! JOM MERIAHKAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada:

๐Ÿ“… 11 hingga 14 Jun 2026
๐Ÿ•™ 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam
๐Ÿ“ Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Dengan tema โ€œBersama Membina Negara Bangsaโ€, program ini menjadi platform terbaik untuk meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jangan lupa singgah ke Reruai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik, pameran aset, perkongsian ilmu keselamatan serta demonstrasi yang pasti memberi pengalaman bermanfaat kepada pengunjung.

Bawa bersama keluarga, rakan-rakan dan anak-anak untuk menikmati suasana penuh warna-warni perpaduan serta pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

2 hari sahaja lagi!!

Ayuh datang beramai-ramai dan jadilah sebahagian daripada semangat perpaduan yang menyatukan kita sebagai satu keluarga Malaysia!

09/06/2026

AKTIVITI MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini!

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah menjemput adik-adik berumur 4 hingga 12 tahun untuk menyertai Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak yang akan diadakan bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.

๐Ÿ“… 11 Jun 2026 โ€“ 14 Jun 2026
๐Ÿ•™ 10.00 Pagi โ€“ 4.00 Petang
๐Ÿ“ Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di reruai APM Sabah! Selain memupuk kreativiti dan bakat seni kanak-kanak, program ini turut menjadi platform untuk menyemai semangat perpaduan, kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan generasi muda.

Ayuh bawa anak-anak anda memeriahkan sambutan yang menghimpunkan kepelbagaian budaya, masyarakat dan agensi dari seluruh negara.Penyertaan adalah terbuka dan percuma!
Daftar sekarang melalui kod QR yang disediakan pada poster.

๐Ÿ”ฅ Jom beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026!
๐ŸŽจ Warnai kanvas dengan kreativiti,
๐Ÿค Semarakkan perpaduan

08/06/2026

๐ŸŒŠ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐”๐“๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒŠ

Lautan bukan sekadar hamparan biru yang memisahkan benua, tetapi nadi kehidupan yang membekalkan oksigen, sumber makanan, mengawal iklim serta menyokong biodiversiti yang tidak ternilai.

Sempena Hari Lautan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuh usaha pemuliharaan dan pengurusan sumber marin secara mampan demi memastikan khazanah laut negara terus terpelihara untuk generasi akan datang. Kawasan Perlindungan Marin yang kukuh memainkan peranan penting dalam memulihkan ekosistem, melindungi habitat hidupan marin dan meningkatkan daya tahan alam sekitar terhadap perubahan iklim.

Kelestarian lautan adalah tanggungjawab bersama. Setiap tindakan, sekecil mana sekalipun, mampu memberi impak besar dalam memelihara keseimbangan alam dan memastikan masa depan yang lebih lestari untuk planet biru kita.

"๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐˜ ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ."

๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฅ๐—˜๐—ฆ, ๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ˜˜๏ธ

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putatan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH PUTATAN, JABATAN PERDANA MENTERI. Pejabat Daerah Putatan, Pusat Pentadbiran Daerah Putatan, Jalan Pusat Bengkel Jkr Pasir Putih
Putatan
88200