Pentagon Math
Pentagon Math merupakan satu inovasi modul Asas Matematik yang membantu guru dan ibu bapa di rumah bagi memastikan anak menguasai Asas Math seperti SiFiR dengan cepat dan seronok dan juga mampu melahirkan anak-anak yang kreatif serta berinovatif
16/05/2025
🌟 Roadshow Bijak Sifir Meriah di Masjid Al Wosto, Temerloh!
Alhamdulillah pada 10 Mei 2025 (Sabtu) yang lepas, seramai 300 peserta membanjiri Masjid Al Wosto, Kampung Tanjung Besar, Temerloh, Pahang bagi menyertai program Roadshow Bijak Sifir yang penuh dengan ilmu, gelak tawa dan pengalaman pembelajaran yang luar biasa!
Program ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, Captain Syafeeq, yang berjaya mencuri perhatian peserta dengan pendekatan pengajaran sifir yang amat berbeza daripada biasa. Tidak lagi membosankan, sifir kini lebih menyeronokkan dan mudah difahami!
Antara intipati utama perkongsian seperti:
1. Teknik mencongak sifir yang ringkas dan berkesan.
2. Pembelajaran santai dan tidak menekan fikiran peserta.
3. Sesi soal jawab spontan yang mencetuskan interaksi aktif dalam kalangan peserta.
4. Ibu bapa turut merasai keseronokan belajar sifir bersama anak-anak dengan lebih mudah dan cepat.
Apa yang lebih menarik, suasana program penuh ceria apabila ibu bapa dan anak-anak berkolaborasi dalam aktiviti yang disediakan. Semangat yang gemuruh memenuhi ruang jiwa peserta, membuktikan bahawa belajar sifir bukan lagi satu beban, tetapi boleh menjadi satu pengalaman yang menggembirakan.
Tahniah kepada semua yang terlibat dan hadir! Semoga program seumpama ini dapat diteruskan ke lebih banyak lokasi demi melahirkan generasi celik sifir yang cemerlang.
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Puchong
43300
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Friday | 08:30 - 12:30 |
| 14:30 - 16:30 |