Tb.Awareness11
Assalamualaikum dan salam sejahtera , merupakan sekumpulan mahasiswa dari Unimap yang telah diberikan tugasan untuk menyebarkan kesedaran tentang penyakit Tuberkolosis
Page ig - @tb.aware.unimap
01/01/2021
Adakah anda tahu bahawa berpeluh pada waktu malam merupakan simptom menghidapi Tuberkolosis ?
Berpeluh pada waktu malam seringkali dianggap sebagai perkara normal ketika tidur dan ketidakselesaan ini seringkali dipandang remeh.
Namun, tanpa disedari ianya merupakan tanda-tanda awal seseorang individu menghidapi penyakit merbahaya iaitu Tuberkolosis.
28/12/2020
Badan lemah juga merupakan Simptom Tuberkulosis.Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala.
Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
?
28/12/2020
Tahukah anda susut berat badan merupakan antara simptom anda menghidap penyakit TB.
Penurunan berat badan yang tidak dirancang atau secara mendadak boleh menjadi sesuatu yang merisaukan. Ia mungkin memberi tanda tentang keadaan yang mungkin anda alami.
?
21/12/2020
TB PUN BOLEH JANGKIT TULANG?
Tibi Tulang boleh menjejaskan mana-mana tulang dalam badan. Keadaan ini terjadi apabila Tuberkulosis yang memberi kesan kepada paru-paru tersebar ke bahagian badan lain melalui darah daripada paru-paru dan nodus limfa. Walaupun ia jarang berlaku, risikonya akan meningkat akibat AIDS yang meluas seperti yang berlaku di negara India dan negara-negara membangun yang lain.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Perlis
01000