COMBI Pahang

COMBI Pahang

Share

Kami adalah sukarelawan MyCOMBI ahli Persatuan Sifar Denggi Negeri Pahang (COMBI Pahang) yang berdaftar dengan ROS, dan berkerjasama rapat dengan Jab Kesihatan Negeri Pahang sebagai Ejen Kesihatan Komuniti.

06/11/2023

Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 4.11.2023

⚫ Sepanjang tempoh 29 Oktober 2023 sehingga 4 November 2023, sebanyak 50 kes denggi tercatat di 9 daerah negeri Pahang. Terdapat penurunan 4 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 54 kes. Dalam tempoh ini juga, berlaku 4 Wabak Aktif iaitu 3 di daerah Kuantan dan 1 di daerah Raub.

⚫ Jumlah terkumpul kes denggi di seluruh negeri Pahang = 1,320 kes.

⚫ Jumlah kes kematian terkumpul tahun 2023 = 1 kematian.

Usah leka. Setiap individu perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing dengan cara:

🔴 Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah. Hanya 10 minit diperlukan.
🔴 Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang).
🔴 Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda.



Darah kita bukan untuk Aedes.
10 minit Cari & Musnah.

01/11/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

Aksi

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00