WeKongsi by RFS

WeKongsi by RFS

Share

Photos from WeKongsi by RFS's post 04/05/2026

Sihat itu nikmat. Kesihatan adalah kekayaan. Harganya amat mahal. Kita baru betul-betul sedar dengan nilainya bila dah jatuh sakit.

Masa mula-mula join keahlian medical plan WeKongsi pada hujung bulan April 2023, saya hanya sekadar merancang dan meletakkan sasaran yang sederhana.

Saya cuba bantu 100 orang memiliki perlindungan perubatan mewah (RM1 juta setahun) tapi murah (bawah RM50 sebulan).

Maknanya dalam sebulan saya perlu bantu daftarkan kira-kira 10 orang. Atau kira-kira hanya 2-3 orang sahaja dalam seminggu. Kalau kurang, kena usaha lebih. Sekiranya dapat lebih, ia adalah bonus.

Alhamdulillah, sasaran 46 orang dapat saya capai dalam masa sebulan sahaja. Dan akhirnya sepanjang tahun itu saya berjaya bantu seramai 186 orang.

Masuk tahun 2024, saya sibuk dengan hal lain. Dari Januari sehingga November cuma close 28 kes sahaja.

Tapi yang seronoknya, setiap bulan income 3-4 angka tetap masuk. Hasil kerja tahun sebelumnya.

Bulan Disember 2024 barulah saya buat comeback dan alhamdulillah berjaya daftarkan 42 orang ahli baru. Menjadikan total 70 orang klien sepanjang tahun 2024.

Kemudian pada tahun 2025 saya terus berkongsi kesedaran tentang kewangan, keperluan menjaga kesihatan serta kepentingan memiliki perlindungan perubatan kepada lebih ramai orang. Total 328 orang klien baru.

Sekarang tahun 2026, dah masuk 3 tahun bersama WeKongsi. Alhamdulillah, dah ada pendapatan pasif yang cukup selesa.

Dengan berpegang pada prinsip bahawa "menjual adalah aktiviti membantu sekali gus menyebarkan manfaat kepada orang ramai", maka fokus utama saya bukan lagi pada duit, tapi pada aktiviti membantu klien buat keputusan yang terbaik sesuai keperluan dan ikut kemampuan mereka. Nanti duit insya-Allah akan datang dengan sendirinya.

Seandainya ramai di luar sana rasa terbantu dan puas hati dengan produk dan servis kita, sudah tentu kita rasa bahagia. Rasa bahagia ini nilainya lebih mahal daripada wang, komisen, bonus, reward dll yang kita terima.

Sekian sahaja. Just another sharing. Terima kasih sudi baca sampai habis. Stay safe and keep healthy.

P/S: Just in case ada yang nak tahu lebih lanjut tentang bisnes ni, saya ada buat penerangan kat nak.info/IncomeWK

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Nilai