Derma Organ Muar
12/06/2026
06/02/2026
6/2/2026
Hari ini kami menerima kunjungan 2 orang insan berhati mulia En Yap dan isteri.
Mereka baru sahaja lepas menderma darah dan singgah ke pejabat kami untuk tahu lebih lanjut tentang pendermaan organ dan tisu selepas kematian.
Antara persoalannya ialah jika kematian itu berlaku di private hospital bagaimana hendak menderma organ/tisu?
Walaupun meninggal di private hospital, service pendermaan organ dan tisu tetap boleh dijalankan seperti biasa.
Pihak private hospital akan bekerjasama dengan pihak hospital kerajaan untuk menyampaikan hasrat arwah dan waris.
Kita tidak tahu bila dan bagaimana kita meninggal, jadi kita berikrar dan maklumkan pada waris tentang hasrat kita ini supaya proses berjalan dengan lebih mudah dan lancar bila kita sudah meninggal dunia nanti.
Erti hidup pada memberi.
Suatu ikrar, sejuta harapan.
27/1/2026
Top team Hpsf Muar menghadiri Brain Death Workshop: New Update on Malaysian Brain Death Concensus 2024.
Bersama seramai 86 orang pakar-pakar dari Anestesiologi, Radiologi, Pediatrik, Perubatan Dalaman, Pegawai Perubatan dan paramedik dari seluruh hospital negeri Johor.
Moga dengan kursus ini, membuka mata lebih ramai pihak dan dapat meningkatkan kesedaran tentang Brain Death Test (BDT) dan Donor Detection.
Kurang jumlah BDT yang dilakukan di hospital tersebut, maka akan kuranglah kes yang layak untuk derma organ.
1 penderma organ kadaverik (selepas kematian) boleh menyelamatkan 8 nyawa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Muar
84000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |