LindungDuit.com

LindungDuit.com

Share

29/05/2026

Dulu saya ingat bunga kantan ni tugas dia bagi wangi je. Rupanya dia datang sekali dengan pakej ‘upgrade’ rasa.

Sekarang kalau masak patin tempoyak memang wajib masuk bunga kantan. Selain bagi aroma yang buat orang lain terliur, dia juga buat kuah jadi lebih pekat, rasa lebih padu dan ikan pun macam lagi manis.

Pendek kata, bunga kantan ni bukan pelakon tambahan, dia antara hero dalam periuk!😆

Salam jumaat semua jangan lupa selawat!

19/05/2026

Sampai rumah sambung duduk berbincang tentang kewangan dan masa depan dekat laman rumah.

Kalau bab kewangan keluarga, saya memang orang penting yang susun semuanya. Dari saving semasa, perancangan haji, hutang rumah, hutang kereta sampailah perancangan masa depan. Memang selalu update “report” dekat dia.

Kadang-kadang orang nampak kerja takaful ni sekadar kerja cari client. Tapi sebenarnya banyak benda yang saya belajar dan praktikkan dalam kehidupan sendiri juga.

Seronok bila dapat berbincang tentang impian bersama. Tentang apa yang nak dicapai, apa yang perlu disediakan dan macam mana nak pastikan masa depan keluarga lebih teratur, tenang dan selamat.

Jadi ejen ni, sebelum buat profile kewangan orang lain, profile kewangan diri sendiri kena cantik dulu. Alhamdulillah selesai untuk hari ni.

Photos from LindungDuit.com's post 19/05/2026

Pagi ni suami ajak sarapan di luar. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, kami terus cari breakfast. Suami nak makan lempeng kari kambing pagi ni.

Dalam perjalanan tu sempat baca Al-Waqiah dulu. Tenang rasa pagi macam ni. Kadang hidup ni bukan tentang sibuk kejar dunia saja, tapi tentang ada masa untuk nikmati momen kecil yang Allah bagi setiap hari.

Syukur sebab kerjaya takaful ni banyak bagi ruang dalam hidup saya. Bukan tak bekerja, bukan juga goyang kaki. Ada masa memang sibuk turun naik jumpa orang, urus client, settlekan macam-macam hal. Tapi yang saya s**a, saya masih ada pilihan untuk susun masa sendiri.

Pagi-pagi macam ni, saat orang lain dah terkejar-kejar punch card dan hadap jem, saya masih boleh tarik nafas, baca Quran dalam kereta, hantar anak sekolah sendiri dan sarapan dengan suami tanpa rasa kelam-kabut.

Rupanya nikmat masa fleksibiliti tu mahal. Lagi-lagi bila dah ada keluarga.

Assalamualaikum dan pagiiii🕊️

Want your business to be the top-listed Finance Company in Mentakab?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Mentakab