Pusat Koreksional Labuan

Pusat Koreksional Labuan

Share

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 05/03/2026

04 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadhan 1447H -

Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Majlis Iftar & Apresiasi peringkat Pusat Koreksional Labuan. Majlis dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azwan Andi Azhaeril bin Risyandi Latiff. Disusuli dengan ucapan daripada Puan Ahzimah bin Ahmat dan Encik Mohd Khairul Anwar bin Owir iaitu pegawai yang dirai, seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan PKP Tajudin bin Tungal, Pengarah Pusat Koreksional Labuan serta penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang- kenangan di atas sumbangan dan jasa bakti selama berkhidmat di Pusat Koreksional Labuan. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan sesi bergambar bersama semua kakitangan yang hadir.

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 03/03/2026

UNTUK HEBAHAN :

KENYATAAN SEBUTHARGA NO. SEBUT HARGA :
PRIDE.LBN.(S)400-5/6/25

Kerja-kerja penyelenggaraan Pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Pejabat Pentadbiran, Pejabat Vokasional dan Industri, Pejabat Perjumpaan, Pejabat Pendaftar dan kerja-kerja berkaitan di Pusat Koreksional Labuan.

Sekian, Terima Kasih.

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 18/10/2024

Lawatan Rasmi Ketua Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Malaysia ke Pusat Koreksional Labuan

Pada petang ini, 17 Oktober 2024 jam 3.00 petang, kita telah menerima kunjungan Dr. Noormi Binti Othman, Ketua Timbalan Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (Putrajaya), bersama Dr. Sabarina Binti Omar dan Tn Richard Robin. Perbincangan dua hala merangkumi cadangan memperluaskan skop perkhidmatan kesihatan pergigian untuk pegawai dan prospek, termasuk 'scaling', tampalan, dan cabutan gigi. Selain itu, seorang pegawai dari Pusat Koreksional Labuan akan menjalani Kursus Teori Medical Orderly Pergigian di Jabatan Kesihatan WP Labuan. Jabatan Pergigian WP Labuan turut menyuarakan hasrat untuk mengadakan program saringan atau pameran promosi kesihatan pergigian pada masa hadapan bagi membudayakan amalan kesihatan pergigian yang baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Jabatan Penjara Malaysia Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Alik Makim

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 28/09/2024

*LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN KAUNSELING DAN AGAMA (BAKA) KE PUSAT KOREKSIONAL LABUAN**

Pada 27 September 2024, TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Kaunseling dan Agama (BAKA), telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Koreksional Labuan pada pukul 10:00 pagi. Beliau disambut oleh PKP Alik bin Makim serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan program kaunseling dan keagamaan bagi penghuni di Pusat Koreksional Labuan. Dalam taklimat dan perbincangan bersama pegawai yang terlibat, beliau membincangkan hala tuju Jabatan Penjara Malaysia pada masa kini serta menekankan kepentingan memperkukuhkan program kaunseling dan memperbaiki bimbingan kerohanian, dengan harapan agar program tersebut dapat membantu penghuni kembali ke masyarakat dengan lebih berkesan. Selain itu, beliau turut menyampaikan tazkirah agama kepada prospek dan menyampaikan khutbah Jumaat pada hari yang sama. Program lawatan kerja diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan serta sesi bergambar bersama anggota dan pegawai Pusat Koreksional Labuan. Jabatan Penjara Malaysia Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Alik Makim

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 26/09/2024

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENJARA MALAYSIA KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Pada 26/09/2024(Khamis), Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke MAIWP Labuan dengan tujuan membincangkan penubuhan Pusat Tahfiz di Pusat Koreksional Labuan serta memperkukuh kerjasama dalam usaha rehabilitasi prospek melalui pendidikan agama. Wakil Jabatan Penjara yang hadir adalah TKJP (Pemasyarakatan) Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Awang, TKP Tuan Zaidi bin Hamid (Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling BAKA), PKK Abd Rauf bin Lang Pasih (Timbalan Pengarah Penjara Sabah & W.P. Labuan), PKK Hamdan Salleh bin Majin (Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu), PKP Alik bin Makim (Pengarah Pusat Koreksional Labuan),Ustaz Mohd Shiham Ramli (Wakil Ibu Pejabat Penjara Malaysia), dan Ustaz Azrin (Wakil Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah). Perbincangan tertumpu kepada penyediaan kurikulum tahfiz, sokongan tenaga pengajar, serta bantuan kewangan dalam program-program agama Islam. Kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan penubuhan Pusat Tahfiz ini sebagai sebahagian daripada program pemulihan prospek yang berfokus kepada pendidikan Al-Quran dan kerohanian. Jabatan Penjara Malaysia Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Alik Makim

Photos from Pusat Koreksional Labuan's post 31/07/2024

30 JULAI 2024 (SELASA)- PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H /2024 PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL LABUAN

▶️ Objektif- Dengan tema yang penuh makna iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”, program ini dirancang khusus untuk menghimpun penghuni Pusat Koreksional Labuan yang beragama Islam, dengan tujuan mulia untuk memperkukuh dan memantapkan pegangan akidah, penghayatan ibadah, serta pengamalan akhlak yang terpuji.
▶️ Dengan tema yang penuh makna iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”, program ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Labuan PKP Alik bin Makim.
▶️ Seramai 75 orang prospek mengikuti program yang dianjurkan oleh Uni Agama Pusat Koreksional Labuan ini. Antara pengisian utama dalam program ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nik Azlan bin Nik Man, Timbalan M***i, Pejabat M***i Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan. Ceramah tersebut mengangkat tema keinsafan dan perubahan, bertepatan dengan semangat Maal Hijrah yang mengajak kita untuk menilai diri dan memperbaiki amalan. Program dimulakan dengan suasana penuh keberkatan pada jam 8.00 pagi dan berakhir dengan baik pada jam 11.30 pagi. Jabatan Penjara Malaysia Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Alik Makim @

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Pusat Koreksional Labuan, Jabatan Penjara
Labuan
87032