CheguSue
09/09/2021
PARALIMPIK utk yang sempurna menginsafiš„
Bila tengok s**an paralimpik ni banyak perkara 'live' yang menginsafkan.
Banyak momen penting yang menjentik akal dan hati.
Ada juga menakjubkan.
Ada juga yang menghairankan.
Ada juga sampai gosok mata, tak percaya dengan mata sendiri.
Contoh macam atlit dari Mesir ini.
Ibrahim Hamadtou. Pemain ping pong ini menggunakan mulut untuk bermain.
"Adik tengok tu adik. Boleh bayang tak macamana diorang ini yang pada pandangan kita nampak kurang. Macamana dia berlatih sampai boleh jadi hebat macam tu sekali?
'Kalau tengok dia main, dia akan baling bola menggunakan kaki dan pukul bola dengan bet yang 'dipegang' dengan mulut.'
Boleh bayang tak nak pukul bola lagi, nak tengok lagi, nak bernafas lagi.
Ibrahim asalnya adalah manusia normal yang mempunyai fizikal yang sempurna. Namun, telah ditakdirkan kehilangan kedua belah tangan beliau akibat kemalangan keretapi ketika berumur 10 tahun.
Tak dapat bayang bagaimana keadaan seorang kanak-kanak yang terpaksa menghadapi ujian kehilangan tersebut kan.
Namun begitulah, orang yang berjiwa besar.
Tiga tahun selepas itu, dia mula main ping pong.
Dia mula main bila rasa tercabar dengan kata-kata seorang kawan.
Masa dia kira point kawan dia bermain pingpong, kawan yang tengah main tak puas hati dengan dia.
"Kau jangan sibuk lah, kau bukan boleh main pun."
Disebabkan tu, saya terus buat keputusan untuk main Ping Pong.
"Memang susah tapi saya berlatih dengan keras. Setiap hari berlatih tanpa henti selama tiga tahun."
"Mula saya cuba pegang bet guna lengan bawah tangan saya. Dan dengan macam cara. Tak berjaya. Akhirnya saya cuba dengan mulut saya. Hampir setahun, saya ambil masa untuk berlatih biasakan diri guna mulut untuk bermain ping pong."
Point untuk berjaya;
Pesan Ibrahim Hamadtou, "Tidak ada yang tidak mungkin, semua orang harus bekerja keras untuk apa yang dia s**a dan apa yang dia rasa baik untuk diri dia."
Cnp kredit penulis asal Firdaus Rw
Click here to claim your Sponsored Listing.