HilsRa Clicks

HilsRa Clicks

Share

14/11/2020

Silap emoji tu..

Kemunculan emoji banyak meringkaskan "perbualan" semasa berkomunikasi. Begitupun,ada juga orang yang silap mentafsirkan maksud emoji tertentu. Badan rasmi yang ditugaskan untuk menjelaskan maksud emoji ini ialah Unicode Consortume.

Daripada senarai simbol emoji dan maksudnya,didapati kebanyakan daripada kita melakukan kesilapan dalam penggunaan emoji berikut:

1.😪
Fahaman kita: Menangis,berpeluh
Sebenarnya: Mengantuk (Titis air itu ialah air hingus yang keluar semasa tidur).

2.😩
Fahaman kita: Terkejut
Sebenarnya: Keletihan

3.😤
Fahaman kita: Marah
Sebenarnya: Perasaan bangga selepas berjaya melepasi halangan besar.

4.😵
Fahaman kita: Mati (Kerana tanda x pada matanya)
Sebenarnya: Menghairankan

5.💁
Fahaman kita: Pedulikan
Sebenarnya: Orang yang akan membantu mendapatkan maklumat untuk kamu.

6.🙇
Fahaman kita: Orang terjatuh atau bersenam
Sebenarnya: Dogeza, satu cara orang Jepun menunduk seakan-akan bersujud bagi menghormati orang yang berstatus tinggi.

7.💫
Fahaman kita: Tahi bintang
Sebenarnya : Pening (Kalau dalam kartun, bintang ini akan muncul selepas kamu dipukul)

8.😋
Fahaman kita: Gurau saja
Sebenarnya: Sedapnya makanan ini

9.🙏
Fahaman kita: "High five" atau saya berdoa untuk kamu.
Sebenarnya: Simbol melahirkan rasa terhutsng budi dalam bahasa Jepun, digunakan untuk mengucapkan "terima kasih" atau "silakan".

Paling popular : 😂
Emoji ini mencatatkan penggunaan paling tinggi dalam laman Twitter pada 2015, iaitu sebanyak 6.6 bilion kali.

Anda bagaimana? Emoji mana yang anda selalu tersilap?

:Buku Coklat Minda Siri 2
kongsikan

Want your business to be the top-listed Photography Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Kuching
95700