Redza Redzqi

Redza Redzqi

Share

مَنْ جَدَّ وَجَدَ مَنْ زَرَعَ حَصَدَ مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ
" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah "

Sesungguhnya REZQI ALLAH itu luas ~

09/06/2025

Nabi Allah Khaidir a.s
Nabi khidir atau nama sebenarnya Balya bin Mulkan bin Faligh bin ‘Amir bin Syaligh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh AS. Menurut pandangan yang lain, nama Baginda ialah Khadrun bin ‘Umyayil bin al-Yafiz bin al-‘Aiz bin Ishaq bin Ibrahim al-Khalil. Dikatakan juga nama beliau Armaya bin Halqiya (Qasas al-Anbiya). Menurut pandangan yang sahih nama Baginda Balya bin Mulkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Damiri di dalam karyanya dengan menukilkan pandangan Imam al-Sa’labi:
Maksudnya: “Menurut pandangan yang lebih sahih yang menukilkan pandangan ulama sirah dan jelas daripada
Nabi SAW, seperti yang disebutkan oleh Imam al-Baghawi dan selainnya bahawa nama Baginda adalah Balya”
(Hayat Hayawan al-Kubra).
Para ulama berbeza pandangan berkenaan kisah hidup atau kewafatan Nabi Khidir AS. Menurut jumhur ulama Nabi Khidir AS masih lagi hidup sehingga sekarang sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj:
Maksudnya: “Majoriti ulama berpendapat bahawa Khidir masih hidup dan ada di kalangan kita, dan ini juga pandangan yang disepakati di sisi ahli Sufi (Tasawwuf), ahli Salih, Ma’rifah dan kisah-kisah mereka pada melihatnya, berhimpun dengannya, mengambil pengajaran daripadanya dan bersoal jawab bersamanya dan kehadirannya di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat yang baik terlalu banyak untuk dihitung dan terlalu mahsyur untuk dirahsiakan” (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim).
Dan gelarannya p**a ialah Abu Al’ Abbas. Beliau juga dikenali dengan panggilan Khidir kerana dua sebab.
Sebab 1 - Rasulullah s.a.w bersabda: “ia dinamakan khidir kerana ketika ia duduk di atas rumput tiba-tiba memancar cahaya hijau dari arah belakangnya (hadis Abi Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari).
Sebab ke 2 - Al-Khattaby berkata : dia dinamakan Khidir kerana wajahnya cantik dan berseri-seri (Rujuk Al-Bidayah Wal Nihayah - Ibnu Katsir 1/327).
Manakala kisah hidup Nabi Khidir AS hidup sehingga sekarang kerana meminum Ain Hayah(air mata kehidupan) sepertimana yang diceritakan bahawa ketika Baginda AS bersama-sama pasukan tentera Zulkarnain dalam misi mencari Ain Hayah setelah Zulkarnain bertanya kepada malaikat berkenaannya. Ketika mereka sampai ke satu lembah yang gelap, Nabi Khidir merupakan orang yang mendahului yang lain dalam penemuan Ain al-Hayah lalu
Baginda meminumnya. Namun Ain al-Hayah ini tidak dijumpai oleh Zulkarnain dan selainnya. Kisah ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Kathir dan Ibnu Hajar al-Asqalani dengan menukilkan kisah ini dengan riwayat Khaisamah bin Sulaiman melalui jalur sanad daripada Ja’far al-Sadiq daripada ayahnya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Zulkarnain mempunyai sahabat dalam kalangan kalangan malaikat, lalu beliau bertanya kepadanya tentang sesuatu yang boleh memanjangkan umurnya. Kemudian malaikat menjelaskannya tentang “Ain al-Hayah” air mata kehidupan yang terletak di suatu tempat yang gelap lagi tersembunyi. Maka Zulkarnain (dan tenteranya) pergi mencarinya dan khidir yang terkehadapan dalam mencari lalu dia menemuinya namun Zulkarnain tidak menjumpai air mata itu”.
Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa status kisah Nabi Khidir AS yang meminum Ain al-Hayah(air mata kehidupan) merupakan kisah yang dinukilkan daripada kisah-kisah israilliyyat, ia juga disebutkan oleh Wahab bin Munabbihdan selainnya. Dari sudut hukum, menjadikan kisah israiliyyat sebagai sumber dan menukilkannya adalah dengan tidak membenarkannya dalam masa yang sama tidak menolaknya. Hal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA katanya, bahawasanya golongan ahli kitab membaca kitab taurat dalam bahasa ibrani lalu diterjemahkannya ke dalam bahasa arab dan disampaikan kepada masyarakat Muslim. Justeru itu, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Janganlah kamu membenarkan (kisah-kisah) dari ahli kitab dalam masa yang sama janganlah kamu menolak (kisah-kisah) mereka. Kemudian katakanlah: {Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran),} dan apa yang diturunkan kepada kamu”. - Riwayat al-Bukhari (7362)
Bagi menjelaskan lagi tentang status penerimaan riwayat Israiliyyat, Dr. Muhammad Syed Husain al-Zahabi telah membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu kisah yang dipastikan kesahihannya dan diceritakan secara jelas oleh Baginda SAW sepertimana kisah Nabi Musa bersama Khidir maka kisah tersebut diambil dan diterima. Selain itu, jika kisah yang diriwayatkan itu bertentangan dengan syarak atau tidak dapat diterima oleh akal maka riwayat tersebut hendaklah ditolak dan tidak boleh diriwayatkan. Terdapat juga riwayat israiliyyat yang dikategorikan dan diistilahkan sebagai al-Tawaqquf (para ulama tidak memberi apa-apa komentar dan penilaian terhadap riwayat tersebut)
iaitu pendirian mereka tidak mempercayainya namun pada masa yang sama tidak menolaknya dan ia boleh diceritakan.
Oleh itu kisah Nabi Khidir AS bersama tentera Zulkarnain merupakan riwayat Israiliyyat seperti mana yang dijelaskan
oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari. Namun dalam hal ini pendekatan yang boleh diambil ialah dengan tidak mempercayainya bulat-bulat dan dalam masa yang sama tidak juga boleh menolaknya secara mutlak serta boleh diceritakan sebagai pengajaran selagi mana tidak bercanggah dengan syariat.

Photos from Redza Redzqi's post 29/05/2025

PROMOSI AIDILADHA!!! Cuma RM40 (Pembungkusan Tin Aluminium)

Sesuai dipadankan dengan busana pengantin pelbagai warna, yang gelap mahupun cerah.
Didatangkan dengan pembungkusan tin aluminium, juga sesuai untuk dekorasi atau pameran dalam almari kaca.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, cuma RM 40 satu set. Postage PERCUMA!!! Berminat? Hubungi kami
di 017-927 4309 ataupun DM untuk TAWARAN ISTIMEWA!
¤ Set 1 termasuk 5 biji butang yang unik
¤ tahan lama dan tahan karat
¤ bekas simpanan aluminium dengan pembuka skru yang tahan lasak
¤ termasuk cetakan sticker berwarna serta infografik yang menarik
¤ pembungkusan dengan rekaan grafik yang menarik
¤ dekorasi butang unik yang direka khas daripada kayu
















Copyright 2013-2025 Redza Redzqi ® | All Rights Reserved
--------------------------------------
☎ Our Contact / http://www.wasap.my/60179274309


dzulfiqar

Photos from Redza Redzqi's post 14/03/2025

🌙🌙Raya Dah Dekat !!! Perlukan butang baju Melayu ?🌙🌙
Sesuai dipadankan dengan busana pengantin pelbagai warna, yang gelap mahupun cerah. Didatangkan dengan pembungkusan tin aluminium, juga sesuai untuk dekorasi atau pameran dalam almari kaca. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, cuma RM 40 satu set. Postage PERCUMA!!! Berminat? Hubungi kami
di 017-927 4309 ataupun DM untuk TAWARAN ISTIMEWA!
¤ Set 1 termasuk 5 biji butang yang unik
¤ tahan lama dan tahan karat
¤ bekas simpanan aluminium dengan pembuka skru yang tahan lasak
¤ termasuk cetakan sticker berwarna serta infografik yang menarik
¤ pembungkusan dengan rekaan grafik yang menarik
¤ dekorasi butang unik yang direka khas daripada kayu

Photos from Redza Redzqi's post 12/03/2025

⚔️ T-Shirt T-Shirt Khulafa Al-Rashidin ( DTG ) : PRE-ORDER ⚔️
S - 3XL : RM82 EXCLUDE POSTAGE
T-Shirt Round Neck Quality DTG Printing (Direct To Garment)
* S - 3XL
* 100% Gildan Premium Cotton
* Special Edition
--------------------------------------
☎ Our Contact / http://www.wasap.my/60179274309

Photos from Redza Redzqi's post 02/09/2024

⚔️ T-Shirt Syukur Jawi Series ( Fullprint ) : PRE-ORDER ⚔️
XS - 4XL : RM62 - RM72 EXCLUDE POSTAGE
T-Shirt Round Neck Quality DTG Printing (Direct To Garment)
* XS - 4XL
* 100% Rightway Premium Cotton
* Special Edition
--------------------------------------
☎ Our Contact / http://www.wasap.my/60179274309
-shirtroundneck

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Kuantan
25300