12 RAMD Mekanize
10/04/2026
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan ucapan tahniah kepada PW1 Mohd Haslan bin Abu Bakar diatas kenaikan pangkat Pegawai Waran 1.
Semoga pangkat yang disandang mampu memberi inspirasi dan memupuk keteladanan yang baik kepada warga Tangkas Gempur.
03/04/2026
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan ucapan tahniah kepada Lt Muhamad Amerrusyaidi bin Mohd Faizam diatas penerimaan Anugerah Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Pegawai Perisikan Pasukan Siri 57/2026.
Semoga kejayaan yang dikecapi ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
01/04/2026
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗡𝗧𝗥𝗜 𝗞𝗘-𝟯𝟴
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, bersama seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri Ke-38.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan kepimpinan, ketokohan, dedikasi serta komitmen tidak berbelah bahagi YBhg Panglima dalam memperkukuh kesiagaan dan profesionalisme ke tahap yang lebih unggul.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada YBhg Panglima dalam menggalas amanah yang diberikan sekaligus memimpin ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
21/03/2026
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
KUANTAN, 21 Mac 2026 - Warga Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) turut menyambut kemeriahan pagi 1 Syawal yang dimulakan dengan seruan takbir raya dan juga Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al-Ikhwan RKAT TD, Sg Panching.
Tambahan p**a, Sambutan Aidilfitri Peringkat 4 Briged (Mekanize) pada tahun ini juga telah diadakan di Dewan Indera Kem Sri Panching bagi meraikan semua anggota dan keluarga yang menyambut Aidilfitri di Kem Batu 10, Kuantan.
Sambutan pada hari yang mulia ini diteruskan di peringkat pasukan dengan pemberian sumbangan kepada anggota yang sedang bertugas yang telah disampaikan oleh Mej Mohd Dzulkifli bin Mohd Nor selaku Pegawai Gerakan batalion ini.
Kemeriahan pagi Syawal ini juga diserikan lagi dengan sambutan Hari Raya serta Jamuan Makan beberapa pegawai bersama keluarga di Wisma Perwira 12 RAMD (Mekanize).
Semoga Syawal yang diraikan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat ukhuwah, memperkukuhkan perpaduan serta membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam amnya dan warga Tangkas Gempur khususnya, setelah melalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟭𝟮 𝗥𝗔𝗠𝗗 (𝗠𝗘𝗞) 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Malaysia.
Semoga Syawal yang mulia ini dipenuhi dengan rahmat, kesejahteraan, dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
18/03/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐖𝐈𝐇 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟒 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄)
KUANTAN, 17 Mac 2026 - Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pasukan bersama Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin W. Mohamad Fablillah, Panglima 4 Briged (Mekanize). Ketibaan Panglima 4 Briged (Mekanize) telah disambut oleh Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mekanize) di Surau Al-Mujahiddin.
Acara dimulakan dengan berbuka puasa dengan juadah ringan sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Staf Agama Pasukan. Usai solat Maghrib, Panglima 4 Briged (Mekanize) telah diarak ke Garaj Kenderaan Jenis ‘B’ untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.
Panglima 4 Briged (Mekanize) telah berkesempatan untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada semua warga Tangkas Gempur. Di dalam ucapan beliau, Panglima menekankan tentang kepentingan aspek rohani dalam memartabatkan bulan Ramadhan yang mulia. Beliau juga menekankan berkenaan keselamatan buat setiap lapisan warga Tangkas Gempur dalam menyambut bulan Syawal yang menjelang tiba.
Selepas jamuan berbuka, Panglima 4 Briged (Mekanize) bersama seluruh warga Tangkas Gempur telah bergerak ke Surau Al-Mujahiddin bagi menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Acara diakhiri dengan Majlis Moreh bersama Panglima 4 Briged (Mekanize) dan acara menandatangani buku lawatan bertempat di Wisma Bintara 12 RAMD (Mekanize).
Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dan mendapat keberkatan dalam setiap amalan yang dilakukan.
14/03/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊)
KUANTAN, 14 MAC 2026 – Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 12 RAMD (Mek) yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan keberkatan di Surau Al Mujahidin. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, sebagai manifestasi penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga pasukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum diteruskan dengan sesi khatam Al-Quran yang melibatkan penyertaan dari 5 Pegawai, 34 Anggota LLP serta 21 orang peserta BAKAT, di bawah pimpinan SSjn Zulkarnain bin Othman selaku Staf Agama Pasukan.
Program ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen warga 12 RAMD (Mek) dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan yang penuh keberkatan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Memerintah serta Pengerusi BAKAT 12 RAMD (Mek) kepada para peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan mereka menamatkan bacaan Al-Quran di bulan yang mulia ini.
Pegawai Memerintah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. Diharapkan program seumpama ini akan terus menyemai rasa cinta dan penghayatan terhadap kitab mulia Al-Quran, di samping memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga pahlawan dan srikandi 12 RAMD (Mek).
Semoga semangat Ramadan ini terus menyatukan hati dan memperteguhkan jati diri warga Tangkas Gempur dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuantan