Elisa Razman
🖍️ Ibu Sibuk? Tapi Nak Anak Cepat Kenal Huruf? 🖍️
Saya bantu anda dengan Worksheet Mewarna Huruf khas untuk anak 4–6 tahun!
✅ Seronok & interaktif
✅ Mewarna sambil belajar
✅ Sesuai untuk anak yang mudah bosan
✅ Fokus 1 huruf setiap muka surat
📚 5 Worksheet Berbeza (50+ Pages Total!)
💰 Hanya RM10 Sahaja!
🖨️ Print Ikut Keperluan – Tak Perlu Semua Sekali!
📥 Klik sini untuk dapatkan 👇
https://toyyibpay.com/Jualan-aktiviti-anak
https://toyyibpay.com/Jualan-aktiviti-anak
https://toyyibpay.com/Jualan-aktiviti-anak
Jom bantu anak kenal huruf dengan cara yang menyeronokkan ✨
24/01/2025
MATI:
SATU KEPASTIAN YANG SERING DIANGGAP TIDAK PASTI.
(Beberapa bulan sebelum dia pergi)
Sebenarnya pagi tadi saya banyak belajar berbanding menyampaikan kuliah. Belajar daripada Prof Muhd Kamil Ibrahim tentang erti ketabahan dan kesyukuran menghadapi ujian kehidupan.
Hakikatnya, walaupun saya lebih tua daripada usia berbanding Prof, tetapi dari segi pengalaman dan kematangan, Prof jauh di hadapan saya.
Saya kagum dengan usaha dan sifat istiqamahnya dalam melakukan kebaikan. Menulis, menyediakan tempat, memberi makanan, berceramah dan berinfaq. Memang, jika kita diberi ilmu dan harta,lalu digunakan ke arah kebaikan... itulah kelebihan yang harus dicemburui.
Saya akui, saya cemburu dengan Prof. Hingga setakat ini, tidak banyak yang mampu saya berikan kepada masyarakat. Saya masih sibuk menguruskan hal diri dan keluarga.
Mungkin saya hanya beralasan dengan firman Allah ini:" Wahai orang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka," hingga dengan itu saya alpa dengan soal kebajikan, kemaslahatan muslim yang lain.
Pada hal, banyak lagi ayat Al Quran yang mendorong dan menggesa agar kita terus memberi manfaat kepada orang lain. Pagi tadi, saya banyak belajar.
Tanpa saya sedari, hati terus merintih, malah menjerit... bangunlah, gunakanlah baki usia dan tenaga yang ada untuk terus berjuang untuk ummah.
Prof, tidak bertangguh, tidak memberi alasan, untuk tidak 'memberi' walaupun tahap kesihatannya sangat menguji. Tekad dan semangatnya, terus menyala-nyala dan menimbulkan inspirasi dan aspirasi jika kita duduk dan mendengar suara hatinya.
Jangan menyerah. Jangan mengalah. Jika di hati mu ada Allah. Itulah rumusan pelajaran dan teladan yang saya kutip hasil titipan jujur dan berterus terang Prof sewaktu saya minum pagi bersamanya sebelum berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain dengan kuliah bertajuk INGAT MATI MENGHIDUPKAN HATI pagi tadi.
Contact the business
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 17:00 - 22:00 |
| Tuesday | 17:00 - 22:00 |
| Wednesday | 17:00 - 22:00 |
| Thursday | 17:00 - 22:00 |
| Friday | 12:30 - 14:00 |
| 17:00 - 22:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |