MY Times

MY Times

Share

23/02/2025

Akmal: Pemuda Umno bukan penjilat macam Nazri

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh membalas kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Aziz dengan menegaskan sayap parti itu bukanlah golongan pengampu.

"Kami Pemuda (Umno) bukan penjilat mencari makan. Kami ada tanggungjawab untuk menjaga agama bangsa daripada sibuk menjilat untuk kepentingan diri.

"Jika kamu nak menjilat, silakan. Jangan samakan kamu dengan kami.

"Mana tahu lepas ini boleh dapat jadi duta ke Myanmar p**a," perli Akmal pada hantaran di media sosial.

23/02/2025

Wan Fayhsal tewas bukan sebab boikot, kata ketua Bersatu Kelantan

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tewas dalam pemilihan jawatan ketua Bersatu Machang semalam bukan sebab diboikot pemimpin parti, kata Ketua Bersatu Kelantan, Kamarudin Md Nor.

Sebaliknya, beliau berkata, bahagian itu mahukan pemimpin setempat.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Kuala