Masjid Al Abrar Batu Rakit
10/04/2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana birunya,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN.
Semoga setiap kemaafan yang kita hulurkan, Allah membuka lembaran yang lebih baik pada masa hadapan.
Jaga diri, InshaAllah hari raya kali ini tetap akan meriah walaupun di mana kita berada. ❤️
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:
Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi.
Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.
Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.
02/04/2024
Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T
Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Latin: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwan fa'fu 'anni
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan Engkau s**a memberi maaf, maka maafkan aku."
Semoga kita semua direzekikan berjumpa malam rahmat itu ya?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 10122 Kg. Tanjung Batu Rakit
Kuala Terengganu
21030