All Netizen
04/06/2026
Seorang sarjan polis berusia 30 tahun berdepan dua pertuduhan rasuah berjumlah RM1,500 di Mahkamah Sesyen Alor Setar. Dia didakwa meminta dan menerima wang daripada seorang wanita sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang disyaki memiliki barang curi. Perbuatan itu didakwa berlaku di IPD Kuala Muda pada 2 dan 3 Februari 2025. Tertuduh mengaku tidak bersalah, manakala mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 20 Julai 2026 untuk sebutan semula kes.
27/05/2026
Ketika anak keluar bekerja, dua warga emas dipercayai terpedaya membeli mesin urut kaki bernilai RM4,000 selepas didatangi seorang lelaki dan wanita yang datang mempromosikan produk di rumah mereka.
Mereka dikatakan memperkenalkan diri sebagai wakil KKM dari ibu pejabat di Angsana sebelum mangsa bersetuju membuat pembelian. Namun, ahli keluarga mula curiga apabila resit yang diberikan tidak menyatakan harga barang.
-----------------
Assalamualaikum min, mohon siarkan.
Siang tadi ada dua orang jurujual lelaki dan perempuan datang ke rumah orang tua saya di Felda Aping Timur menjual mesin urut kaki dengan harga RM4,000. Ibu bapa saya pun membelinya dengan harga tersebut.
Mereka memaklumkan kononnya dari KKM ibu pejabat di Angsana. Kebetulan saya keluar bekerja dan hanya tinggal kedua ibu bapa saya sahaja di rumah ketika itu.
Apa yang meragukan, resit yang diberikan juga tidak meletakkan harga pembelian. Harap semua penduduk terutama warga emas lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan taktik jualan seperti ini.
Sumber: Orang Kota-Tinggi
Click here to claim your Sponsored Listing.