Pusat Sejarah Rakyat
Nearby non profit organizations
8-A, Lorong Chow Kit, 4, Jalan Raja Laut
07/05/2026
Selamat ulangtahun ke-90 buat Pak Hersri Setiawan, sasterawan besar dan pejuang rakyat yang tidak pernah tunduk berasal dari Indonesia.
Lahir pada 3 Mei 1936, jejak perjalanan hidup Pak Hersri Setiawan selama sembilan dekad cukup menggagumkan. Anak jati Jogjakarta, beliau kemudian kuliah di Universiti Gadjah Mada dalam bidang Sosiologi dan kemudian Akademi Seni Drama dan Filem. Sekitar tahun 1961 hingga 1965, beliau kemudian menjadi sebahagian dari Sekretariat Biro Penulis Asia-Afrika di Sri Lanka.
Gigih mengarang sejak usia remaja, pengalamannya membesar memacu penglibatannya di banyak jalur pergerakan bukan sahaja di Indonesia, malah di peringkat antarabangsa. Berkobar dengan semangat zaman ketika itu, beliau terjun terus di dalam gerakan Asia-Afrika, anti-kolonialisme dan anti-imperialisme.
Antaranya, bersama Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) selaku Ketua Lekra di bahagian Jawa Tengah. Penglibatan di jalur gerakan kiri dan progresif inilah kemudiannya dijadikan alasan oleh pemerintah Orde Baru di bawah Suharto untuk menahan ribuan dan dianggarkan, hampir sejuta orang kemudiannya dibunuh selepas peristiwa G30S. Pak Hersri antara yang ditahan di Pulau Buru bersama teman-teman seperjuangan yang lain.
Menghadapi siasatan, penyeksaan dan sehingga dibebaskan, Pak Hersri dipaksa menerima gelaran tapol (tahanan politik) yang cukup membataskan penglibatan politik dan gerak kerja kepengarangannya. Kesihatan Pak Hersri yang merosot sejak beberapa tahun lalu juga, menurut laporan perubatan, adalah akibat menanggung tekanan mental dan fizikal selama ditahan dan kerja paksa dari tahun 1969 sampai 1978.
90 tahun umur Pak Hersri tidak hanya boleh diukur hanya sebatas puluhan penerbitan yang dihasilkan. Kita tahu karya-karyanya cukup banyak mengambil bentuk sajak, cerpen, esei serta penulisan non-fiksyen lainnya. Kita juga tahu seperti apa pengalaman sembilan tahun ditahan di Pulau Buru itu juga membuahkan memoir serta pilihan tulisan surat dan makalah yang harus kita perhalusi agar kita tidak kembali mengulang sejarah kelam peradaban. 90 tahun Pak Hersri ini, adalah bagi kita, untuk menyambung warisan yang tertancap di dalam jiwa kepengarangannya: sebuah dunia yang adil dan saksama.
Selamat ulangtahun ke-90 buat Pak Hersri Setiawan!
- Sidang Pengarah Pusat Sejarah Rakyat
02/05/2026
Menarik!
25/04/2026
Majlis memperingati sejarawan, Allahyarham Profesor Ahmat Adam hari ini jam 2 petang di The Cube, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.
MAJLIS MEMPERINGATI SEJARAWAN AHMAT ADAM
25 April 2026 | Sabtu
2.00 PM
The Cube, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya
DAFTAR SEKARANG:
🔗 https://forms.gle/EfJ3h6ChzwGwjhRZA
🔗 https://forms.gle/EfJ3h6ChzwGwjhRZA
🔗 https://forms.gle/EfJ3h6ChzwGwjhRZA
-
Prof. Emeritus Ahmat Adam ialah seorang sejarawan terkemuka kelahiran Kampung Selandar, Melaka. Beliau memulakan kerjaya akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan bersara dengan pengiktirafan sebagai Profesor Emeritus.
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 15 buah karya ilmiah yang diterbitkan di dalam dan luar negara, mencakupi sejarah wilayah Malaysia dan Indonesia. Antara karya penting beliau termasuk Tawarikh Hikayat Melayu, Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa Yang Dibaca Selama Ini?, Hikayat Raja Pasai, The Sejarah Melayu Revisited: A Collection of Six Essays, dan Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua). Sumbangan beliau bukan sahaja memperkayakan khazanah sejarah Melayu, tetapi juga memperkukuh wacana akademik mengenai sejarah serantau.
Beliau menolak tanggapan bahawa sejarah Melayu penuh dengan dongeng dan mitos yang tidak berasaskan bukti, sebaliknya menegaskan sejarah mesti dibuktikan secara ilmiah. Ahmat Adam mengutamakan sumber primer seperti naskhah Melayu lama dan batu bersurat untuk membina semula sejarah, berbeza dengan pendekatan sejarawan lain yang mungkin lebih bergantung kepada sumber lisan atau catatan luar.
Contoh kajian Ahmat Adam tentang Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua), beliau menganggap itu tidak tepat, lantas mengemukakan yang sepatutnya ialah Hang Tuha. Begitu juga Batu Bersurat Terengganu, beliau memanfaatkan sumber Jawa kuno dan juga Sanskrit untuk membuat tafsiran baru, berbeza daripada karya ahli sejarawan lain.
Professor Ahmat Adam menyatakan kesimpulan yang dibuatnya itu bukanlah untuk merendahkan kesarjanaan mana-mana pihak tetapi hanyalah merupakan satu usaha untuk mengajak para peminat sejarah tanah air agar berfikir dan menilai secara kritis mana-mana bahan sejarah yang digunakan sebagai sumber dan menghayati falsafah sejarah yang memberatkan kebenaran berasaskan kepada bukti yang bersifat objektif.
Semua dijemput hadir.
-
Majlis ini dianjurkan bersama Gerakbudaya, Kawah Buku & Persatuan Sains Sosial Malaysia.
Click here to claim your Sponsored Listing.