Little Rungus Handicraft
21/12/2025
Rajin sekejap membuat bola2 begini. Jadi warna warni lah koleksi saya ini kali. 😆
07/12/2025
Sedikit perkongsian untuk semua pembuat kraf manik yang hebat di luar sana, terutamanya yang menggunakan WhatsApp Status sebagai cara mempromosikan hasil tangan:
Kalian sangat berbakat, dan kami sebagai peminat serta bakal pembeli memang s**a melihat hasil kerja melalui status WhatsApp. Cuma saya perasan ada satu perkara kecil yang ramai mungkin tidak sedar:
Apabila status dimuat naik bersama muzik — iaitu apabila kamu upload gambar, tekan ikon muzik, dan pilih lagu dari library WhatsApp — aplikasi akan menukarkan gambar tersebut menjadi video 30 saat dengan muzik overlay. Dalam bentuk ini, penonton tidak boleh zoom untuk melihat perincian halus hasil kerja.
Dalam dunia kraf manik, perincian ialah segalanya — ikatan, kemasan, susunan warna, dan kreativiti halus yang menjadikan setiap hasil kerja unik.
Ramai crafter menambah muzik untuk menceriakan status — itu sangat baik ❤️
Namun pada masa yang sama, ada juga penonton yang sebenarnya mahu melihat perincian hasil kerja, bukan sekadar mendengar lagu.
Kadang-kadang pilihan kecil seperti menambah muzik boleh menghadkan peluang promosi:
• pelanggan tak boleh zoom
• gambar sudah sedia blur selepas upload
• perincian tidak kelihatan
• potensi pembeli serius mungkin terlepas
Ini bukan salah sesiapa — cuma ramai tidak tahu tentang limitasi WhatsApp ini.
Jadi, jika mahu memaksimumkan promosi melalui WhatsApp, cuba selang-selikan status:
Sertakan juga gambar atau video tanpa muzik supaya penonton boleh zoom dan melihat perincian dengan jelas.
Percayalah, ramai peminat kraf ingin melihat hasil tangan kamu dari dekat. Tapi kerana jarak memisahkan, hanya melalui gambar statuslah mereka boleh menilai kehalusan kerja kamu. Jadi kalau gambar dimuat naik bersama muzik, mereka tidak dapat zoom — dan sayanglah jika perincian indah itu tidak dapat dilihat.
Semoga usaha kalian terus berkembang dan diberkati. ❤️✨
Gambar hanya hiasan ya.. jangan suruh selfie..kalau nda, begini sia bagi gambar. 🤣
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
94300