Bomba Channel Official

Bomba Channel Official

Share

Photos from Bomba Channel Official 's post 30/05/2026

OP SAR - Mangsa Lemas di Pantai Tengah, Langkawi Kedah

Operasi Mencari & Menyelamat (SAR) dijalankan susulan makluman (1) lelaki Warganegara Tempatan berumur 23 tahun terjatuh dari jetski yang dinaikinya menghala dari pantai Chenang ke Pantai Tengah akibat melanggar ombak yang tinggi.

Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah dibuka pada 28/05/2026 dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Agensi terlibat terdiri daripada PDRM Langkawi, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, BOMBA Langkawi, APMM Langkawi dan APM Langkawi.

Pada jam lebih kurang 1808hrs 29/05/2026 (1) mayat lelaki tempatan telah ditemui terapung di Pantai Tengah oleh orang awam.

Mayat telah dibawa ke Jeti Kuala Chenang dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Maliha Langkawi dan seterusnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin selaku Komander Operasi Bencana telah menamatkan Operasi SAR pada jam 2030hrs 29/05/2026.

Terima kasih atas bantuan dan kerjasama semua agensi dan orang awam yang terlibat.

Jurugambar : HEA IPD Langkawi

Photos from Bomba Channel Official 's post 30/05/2026

Lelaki maut, wanita cedera dalam kemalangan kendiri di Lachau

SRI AMAN, 30 Mei – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah kereta di Lachau, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 22 tahun, Flecther Kleberson Anak Pandi, yang memandu kenderaan berkenaan didapati tersepit di dalam kereta.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada
kira-kira jam 8.39 pagi.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.50 pagi dan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa lelaki dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa, Cordellia Anak Raoh, 23, telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Mangsa wanita yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut.

Sumbet Sarawak Edition

Photos from Bomba Channel Official 's post 30/05/2026

Remaja hilang dibawa ombak ketika mandi pantai

ASYIKIN ASMIN
30 Mei 2026 11:00am

BEAUFORT - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan ombak kuat ketika mandi bersama ahli keluarganya di Pantai Batu Linting, Kuala Penyu, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Jason Alexander Jonathan, 15, dari Kampung Kiaulu, Tuaran, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan sehingga ke tengah laut.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, mangsa ketika itu mandi bersama ahli keluarga sebelum arus kuat tiba-tiba menariknya ke laut.

"Adik mangsa yang turut mengalami kecederaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan membabitkan pasukannya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung dan nelayan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Zulhalim Abdin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 petang sebelum sepasukan sembilan anggota dari BBP Kuala Penyu dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

"Seorang mangsa berusia 13 tahun berjaya diselamatkan ahli keluarganya, manakala Jason masih belum ditemui.

"Operasi pencarian dijalankan di kawasan persisiran pantai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air namun usaha mencari berdepan cabaran akibat keadaan ombak yang kuat.

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR diteruskan," katanya.

Artikel Sinar Harian

Photos from Bomba Channel Official 's post 30/05/2026

TUJUH KERETA TERBAKAR DALAM KEBAKARAN BENGKEL DI KG SUNGAI SEMBILANG

KUALA SELANGOR, 30 Mei – Tujuh buah kereta (scrap) musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran bengkel berhampiran Masjid An-Naim, Kampung Sungai Sembilang, lewat malam tadi.

Bilik Kawalan Balai BBP Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai. Sementara anggota balai bantuan BBP Kapar hadir membantu memadam kebakaran.

Komander Operasi, PBK I Ismayudin bin Ibrahim, memaklumkan bahawa setibanya di lokasi pada jam 11.46 malam, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan tujuh buah kenderaan scrap yang terbakar hampir keseluruhannya.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki pam jentera serta bantuan daripada anggota BBP Kapar. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

29/05/2026

Panggilan telefon dijawab tanpa suara, mayat membengkak ditemui dalam kereta berkunci

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui maut di dalam sebuah kereta berkunci yang parkir di kawasan bertentangan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Jalan Sungai Dua, di sini, hari ini.

Mayat berkenaan dijumpai dalam keadaan sudah membengkak dan dipercayai berada di dalam kereta terbabit sejak beberapa hari lalu.

Mangsa berusia 37 tahun itu ditemui selepas orang ramai di kawasan berkenaan mengadu terhidu bau busuk dari kereta terbabit.

Pasukan bomba kemudian berjaya membuka pintu kereta berkunci itu sebelum mendapati mangsa terkulai di tempat duduk pemandu dengan tubuhnya sudah membengkak.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shahrunnizam Kamar Bashah, berkata terdahulu pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari membabitkan sebuah kereta berkunci.

"Sebaik saja berjaya membuka pintu kereta yang berkunci itu, pasukan menjumpai mayat mangsa yang sudah membengkak," katanya sambil memaklumkan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang pembantu kedai di lokasi terbabit yang enggan namanya disiarkan, memaklumkan kereta mangsa dilihat parkir di situ sejak beberapa hari lalu.

"Saya melihat kereta itu berada di situ sejak beberapa hari lalu, namun tidak nampak ada sesiapa di dalam ataupun sekitar kenderaan terbabit," katanya.

Dalam pada itu, isteri mangsa berusia 30-an kemudian hadir ke lokasi untuk membuat pengecaman mayat.

Ketika ditemui, wanita itu menceritakan detik-detik akhir sebelum suaminya dilaporkan hilang - panggilan lewat malam yang hanya dijawab tanpa suara.

Beliau berkata, suaminya yang menghidap penyakit kencing manis, telah melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas urusan kerja dan sepatutnya pulang ke Pulau Pinang pada Sabtu.

Selepas tiba di Pulau Pinang, wanita itu berkata, suami memberitahunya bahawa beliau perlu singgah di pejabatnya di Bayan Baru terlebih dahulu.

"Antara jam 11 malam hingga tengah malam, saya menghubungi suami semula selepas dia tidak pulang, namun tiada jawapan.

"Saya semakin bimbang apabila masih gagal menghubungi suami pada keesokan hari," katanya sambil memaklumkan bahawa beliau kemudian tampil membuat laporan polis.

Katanya, beliau kemudian dihubungi polis pada tengah hari tadi bagi memaklumkan mayat suaminya dijumpai di dalam kereta yang parkir bertentangan kampus USM.

"Saya terus bergegas ke sini dan perasaan amat bimbang saya menjadi kenyataan apabila melihat tubuhnya terkulai di dalam kereta," katanya.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 11.47 pagi tadi berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mangsa warga tempatan berasal dari Ayer Itam itu ditemui dalam keadaan berpakaian kemas dan terbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya yang dikunci dari dalam.

"Hasil siasatan pada badan mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Swee Sake berkata, polis menganggarkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum mayatnya dijumpai.

Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, untuk bedah siasat.

Setakat ini, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Oleh Audrey Dermawan
Mei 29, 2026 @ 7:14pm
Kredit➡️ Berita Harian

29/05/2026

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) MANGSA HILANG DI GUNUNG BATU PUTIH DITERUSKAN
TAPAH, 29 Mei 2026 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih kini memasuki fasa kritikal selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.
Berdasarkan petunjuk terkini serta penilaian keadaan muka bumi, pasukan SAR memberi tumpuan pencarian di kawasan Sungai Ayer Busok. Mangsa dipercayai berkemungkinan bergerak ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air setelah berada dalam hutan dengan bekalan yang terhad.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, YS PKPjB Dato' Sayani binti Hj Saidon, keadaan mangsa dijangka semakin lemah akibat kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi.
Pasukan penyelamat terus mempergiat usaha pencarian di kawasan yang dikenal pasti dengan harapan mangsa dapat ditemui dengan selamat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta untuk segera menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu operasi SAR yang sedang dijalankan.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mangsa segera ditemui dalam keadaan selamat serta dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat yang bertugas.

Photos from Bomba Channel Official 's post 29/05/2026

Kebakaran Rumah Panjang Nelson Ningkan, Sungai Saeh Putih, Niah, Sarawak.

Pemadaman dilakukan dengan satu aliran 600 kaki dan satu aliran lagi 800 kaki Sumber air terbuka relay pumping pam GP 10/10 untuk pemadaman di bahagian belakang dan sisi rumah panjang.

BBP Batu Niah turut dibantu BBP Miri Sentral yang sampai pada jam 03:25:00 dan membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran ,satu aliran 300 kaki dan satu aliran lagi 800 kaki sumber air daripada pili bomba untuk pemadaman daripada hadapan rumah panjang. Anggaran peratusan kebakaran adalah 100%. Api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 07:00:00.

Sebanyak 21 pintu buah rumah yang terlibat dan musnah terbakar. Sebanyak 138 penghuni yang terjejas dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Photos from Bomba Channel Official 's post 29/05/2026

Selisih ajal kereta rempuh kenderaan parkir di hentian bas

Oleh AMRAN ALI
28 Mei 2026, 2:36 pm

MELAKA – Seorang lelaki berselisih ajal selepas kereta dipandunya terbabas merempuh kenderaan lain yang diparkir di tepi hentian bas berhampiran Jalan Mahkota Medical Centre di Banda Hilir di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.14 malam itu, mangsa berusia 34 tahun itu terselamat dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar Proton S70 yang diparkir berhampiran hentian bas.

“Pemandu kereta Honda City itu didapati telah selamat keluar daripada kenderaan dan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Artikel Kosmo Online

Photos from Bomba Channel Official 's post 28/05/2026

Sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan laluan berkenaan.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian yang berpunca daripada kerosakan suis landasan itu menyebabkan tren terbabit tidak dapat bergerak.

Pengendali pengangkutan awam itu turut mengesahkan kesahihan gambar-gambar insiden berkenaan yang sedang tular melalui media sosial.

📸 fotoBernama

Photos from Bomba Channel Official 's post 27/05/2026

Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus sungai di Hulu Selangor

Mei 27, 2026 @ 4:29pm

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus dalam kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.40 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.

"Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi," katanya dalam kenyataan.

26/05/2026

NUR IZZATI HUMAIRA DITEMUI MENINGGAL DUNIA DI BUKIT CHANGKAT ASA

TANJUNG MALIM, 26 Mei 2026 – Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, sejak aktiviti pendakian di kawasan Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemui meninggal dunia tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11.59 pagi oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, lokasi penemuan adalah kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba yang didirikan di kawasan pencarian.

Difahamkan, operasi SAR tertumpu di kawasan berbukit dan hutan selepas kehilangan mangsa dilaporkan ketika aktiviti pendakian di kawasan Tanjung Malim.

Mayat mangsa seterusnya dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai punca kematian dan siasatan masih dijalankan.

Want your business to be the top-listed Media Company in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Persiaran Hamzah Alang
Klang
42200