MulaSaham
01/11/2025
China Perkenalkan Peraturan Baru bagi membasmi content sampah dan scammer.
1. China kini memperkenalkan garis panduan baru yang lebih ketat untuk membasmi content sampah di media sosial.
2. Di bawah peraturan ini, hanya pencipta kandungan yang mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf dibenarkan berbincang topik profesional seperti perubatan, undang-undang, kewangan, pendidikan dan kesihatan.
3. Peraturan ini bertujuan mengurangkan penyebaran maklumat salah serta memastikan kandungan profesional datang daripada sumber yang sah dan berkelayakan.
4. Influencer turut dilarang mempamerkan gaya hidup mewah secara berlebihan, termasuk mempromosikan kemewahan, barangan berjenama, atau gaya hidup elit yang boleh mendorong budaya pamer.
5. Kerajaan juga menekankan ketelusan pendapatan dan cukai, mewajibkan pencipta kandungan mendedahkan sumber pendapatan serta memastikan cukai dibayar dengan betul.
6. Bagi kandungan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pencipta wajib memaklumkan bahawa ia dijana oleh AI bagi mengelakkan kekeliruan.
7. Platform media sosial kini bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan ini, termasuk pemantauan dan tindakan terhadap akaun yang melanggar undang-undang.
8. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga 100,000 yuan, digantung akaun, atau disekat secara kekal.
9. Peraturan baharu ini menunjukkan usaha China mengawal lebih ketat ekosistem digitalnya, sambil mengekang pengaruh berlebihan golongan selebriti internet.
10. Pada masa sama, langkah ini menandakan fasa baharu bagi industri media sosial di China, di mana profesionalisme dan tanggungjawab sosial menjadi keutamaan berbanding pop**ariti semata-mata.
11. Malaysia juga boleh mula. Sampai bila scammer pelaburan harus terus hidup?
12. Jika ejen jual kereta, tukang rumah doktor gigi, enjineer atau apa sahaja sewenang-wenang bagi nasihat pelaburan, selagi itulah scam dan pelbagai skim tumbuh bagai cendawan.
13. Sama juga bidang lain, psikologi, perubatan, agama. Semuanya harus mempunyai kelayakan dan diikitiraf dalam bidang masing-masing supaya tiada lagi mangsa.
01/11/2025
01/11/2025
1. Oracle mengumumkan ia akan menawarkan perkhidmatan 'cloud' menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) MI450 baharu daripada AMD untuk memenuhi permintaan tinggi bagi alatan AI.
2. Syarikat-syarikat ini akan menggunakan 50,000 pemproses MI450 bermula pada suku ketiga 2026, dengan pengembangan selanjutnya dirancang untuk tahun 2027 dan seterusnya.
3. Perjanjian ini membantu AMD mendapat pelanggan besar lain, manakala Oracle boleh mengembangkan tawarannya ketika syarikat lain berebut mendapatkan kapasiti pengkomputeran AI.
4. Berikutan berita itu, saham AMD meningkat lebih 3 peratus dalam dagangan pra-pasaran, manakala saham Oracle p**a susut sedikit sekitar 1 peratus.
5. AMD baru-baru ini mendedahkan perjanjian berasingan untuk membekalkan cip AI kepada OpenAI, pencipta ChatGPT, yang turut membantu mereka bentuk cip MI450.
6. Secara berasingan, OpenAI juga dilaporkan telah menandatangani salah satu perjanjian 'cloud' terbesar dengan Oracle, yang bernilai AS$300 bilion selama kira-kira lima tahun.
7. AMD kini bersaing dengan Nvidia dengan menjual 'rak Helios', iaitu sistem bersepadu
penuh. Ini meniru strategi Nvidia yang sudah menjual sistem lengkap GPU dan CPU
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
43000