Adam Radzi

Adam Radzi

Share

(Hons) in Electrical Engineering

Carpe Diem

#youthpower
#kitajagakita

14/06/2026

𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐍𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐀𝐝𝐚
Terima kasih kepada rakan-rakan seluruh negeri.
Berkata benarlah walaupun pahitnya sendiri.
Semua Pun Dah Tahu, Semua Pun Mahu.
Ada Yang Berani, Ada Yang Kerja Dengan YB.
Langkawi - sehingga - Kulim, cerita dia warna-warni.
Ada yang mai sendiri, ada yang hantar Proxy.
Ada macam-macam seni.
Cerita Kedah Baru Nak Mola Ni.
Seronok Balik Hat Macam Ni.

Sanusi yakin menang 36-0 di Kedah 13/06/2026

Sanusi yakin menang 36-0 di Kedah Menteri besar yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran itu tidak mustahil berdasarkan momentum semasa dan kelemahan parti lawan.

16/05/2026

𝐔𝐄𝐂 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐈𝐬𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐈𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥

1. Sebagai Ketua Pemuda yang sentiasa mempertahankan agenda pendidikan nasional, saya memandang serius keputusan Kerajaan Madani untuk mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) bagi kemasukan ke program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

2. Pendidikan bukan sekadar proses melahirkan tenaga kerja untuk pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi merupakan asas utama dalam pembinaan identiti negara, perpaduan nasional serta pembentukan generasi yang memahami semangat Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Justeru, sebarang keputusan dasar yang melibatkan sistem pendidikan negara mestilah dibuat secara berhati-hati, berasaskan kajian menyeluruh, prinsip keadilan serta kepentingan jangka panjang negara, bukannya didorong oleh pertimbangan politik semasa.

4. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem UEC sehingga hari ini masih berada di luar kerangka arus perdana pendidikan kebangsaan dan tidak tertakluk secara langsung kepada standard kawal selia kerajaan dari sudut sukatan pelajaran, pentaksiran serta falsafah pendidikan negara. Keadaan ini berpotensi mewujudkan dwi-standard dalam sistem kemasukan ke IPTA dan menimbulkan persoalan berkaitan kesaksamaan terhadap pelajar yang melalui saluran nasional seperti SPM, STPM, matrikulasi dan asasi.

5. Sebagai pemimpin muda, saya percaya bahawa perpaduan nasional perlu dibina melalui satu kerangka pendidikan yang mampu menyatukan rakyat dengan identiti kebangsaan yang jelas, termasuk pengukuhan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan medium perpaduan negara.
Saya menyokong penuh gesaan supaya kerajaan mengkaji semula keputusan pengiktirafan UEC ini secara terbuka, telus dan akademik dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pakar pendidikan, institusi awam, guru-guru serta rakyat keseluruhannya.

6. Masa depan pendidikan negara tidak boleh dipertaruhkan melalui keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Kita wajib mempertahankan integriti Dasar Pendidikan Kebangsaan demi memastikan generasi akan datang membesar dalam sebuah sistem pendidikan yang adil, berkualiti dan benar-benar berteraskan identiti Malaysia.

Adam Radzi
Ketua Biro Graduan Muda ARMADA Kedah
Ketua ARMADA Kubang Pasu

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Jitra