Inspire Kitchen

Inspire Kitchen

Share

27/08/2022

RESEPI SARDIN ROLL FROZEN

Hasil : lebih kurang 48 biji

Pastry
4 cawan tepung
1sdm tpg beras
2sdm tpg jagung
2 sdk gula
1sdk garam
*campur semua

1/4 cawan myk
2 sdm penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit

Air (tambah sehingga terbentuk doh)
-tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk.
-tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh.
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata 🙂 ).
-Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-).

-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
-Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear"
-canaikan seperti bentuk dlm gambar.
-utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat.
*(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng 😉

Inti
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis

-tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan.
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
-Masak sampai kering.

::::::》》》utk frozenkan bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven

Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz‎

25/08/2022

PANKEK SUPER GEBU

130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali

1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.

3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.

4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.

5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.

*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.

Kredit resepi : Yus_Rania

29/07/2022

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

Photos 23/07/2022

Resepi Mini Cheesecake 😋😋😋

Bahan
Base:
3 cup biskut marie - kisar halus
1/2 cup butter - cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.

Kek keju:
250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum

Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan.

Sumber : wan suryana

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Cyberjaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 15:00