Media Variasi Rasmi
19/08/2024
Istana Pahang membuat satu laporan terhadap polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas menonton satu rakaman video menerusi aplikasi YouTube ketika berada di Istana Abdulaziz, pada 3.30 petang, 16 Ogos lalu.
Menurutnya, kenyataan itu adalah bersifat sinis serta memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong Ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri.
"Kenyataan yang Muhyiddin keluarkan ini adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu serta memecah-belahkan rakyat.
"Ia juga bersifat fitnah dan menghasut serta jelas menyentuh isu 3R," katanya yang membuat laporan polis di IPD Kuantan pada 10 malam tadi.
Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin juga jelas menjejaskan nama baik Al-Sultan Abdullah serta Istana Pahang sendiri.
Sumber: Harian Metro
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. F-1-11, Block F, Jalan GC 3, GLOMAC
Cyberjaya
63200