Cyber Security Engagement Program

Cyber Security Engagement Program

Share

15/04/2022

Cemas Dapat Panggilan 'Ani', RM1.19 juta Duit Pesara Kerajaan Sudahnya Lesap

MARUDI: Seorang wanita pesara kerajaan kerugian simpanan berjumlah RM1.19 juta, akibat ditipu satu sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Maria Rasid, mangsa kehilangan semua wang itu dalam tempoh lima bulan, sebelum melaporkannya kepada pihak polis di sini pada Rabu lalu.

“Pada mulanya, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang wanita, yang memperkenalkan diri sebagai “Alisya binti Osman”; yang mengaku sebagai pegawai sebuah syarikat insurans yang beribu pejabat di Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu.

“Suspek mendakwa mangsa telah membuat empat kali tuntutan insurans perubatan semasa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, namun mangsa menafikannya.

"Panggilan telefon kemudian telah disambungkan kepada seorang suspek lain yang menyamar sebagai “Sarjan Mejar Fazli bin Azman” daripada Balai Polis Pudu, yang bertugas di Bahagian Siasatan

"Suspek kemudian mencadangkan mangsa untuk membersihkan namanya kerana telah membuat tuntutan insurans palsu.

“Panggilan telefon kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek, yang memperkenalkan diri sebagai “Mastura” yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Maria lagi, pada hari berikutnya, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada Mastura, yang memberitahu kes tersebut telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Bukit Aman bernama 'Ani'.

Mangsa kemudian diberikan satu lagi nombor telefon untuk menghubungi individu bernama “Ani” tersebut.

“Setelah mangsa menghubungi suspek, mangsa telah diarahkan membuka akaun semasa di sebuah bank untuk membantu siasatan pihak polis.

“Selepas membuka akaun bank baharu, mangsa telah mendaftarkan perbankan atas talian untuk akaun baharunya itu, dengan nombor tersebut kemudian diserahkan kepada suspek," katanya.

Suspek ujarnya, kemudian mengarahkan mangsa memindahkan semua wang Amanah Saham Bumiputera, wang simpanan, dan wang pinjaman, yang keseluruhannya melebihi RM1.19 juta ke dalam akaun baharu itu.

Mangsa kata Maria, hanya menyedari dirinya ditipu setelah membuat semakan terhadap akaun bank miliknya melalui mesin ATM di sini.

“Dia mendapati kesemua wangnya telah dipindahkan ke sembilan akaun lain milik inidividu tidak dikenali melalui 52 transaksi di antara 28 Oktober 2021 hingga 29 Mac 2022.”

Bimbang akan trend penipuan yang masih berleluasa, Maria menasihati orang ramai agar membuat semakan nombor telefon dan akaun bank mereka yang mencurigakan melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Mereka juga boleh melayari facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat dan modus operandi terkini penipuan.

Orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center melalui talian 03-2610 1559 dan 03-2610 1599 atau infoline di talian 013-211 1222 (whatsapp/sms) bagi mendapatkan nasihat.

Kredit berita dari Astro Awani. www.astroawani.com

Selalu teman menasihatkan supaya kalian semua, terutama pesara Kerajaan sentiasa berhati-hati. Berbincang dengan keluarga dan kenalan rapat sekiranya tidak pasti.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Yang OHSEM,
Admin

Photos from Cyber Security Engagement Program's post 24/01/2022

Sekarang, trend tagged video lucah dari someone yg kita tak kenal.. so apa nak buat.. berikut ada cara yg boleh kita buat..

18/08/2021

INFO KPDNHEP : BILA DITIPU, APA YANG PERLU DI LAKUKAN?

Anda sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati ketika berurus niaga secara dalam talian bagi memastikan barangan atau perkhidmatan diterima seperti sepatutnya.

Pastikan anda berurusan dengan platform dan peniaga yang sah dan jangan terlalu mudah terpedaya jika mendapati ada tawaran murah yang kadang kala tidak masuk akal pun.

Periksa betul-betul dan buat semakan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi.

Sumber : https://www.facebook.com/kpdnhep/photos/a.228805737462296/1492654837744040/

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400