Kelab ITRangers

Kelab ITRangers

Share

Photos from Kelab ITRangers's post 25/11/2024

Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan kepada AJK IT Rangers Sesi I 2024/2025 oleh Penasihat Kelab, Puan Noraniza Binti Mat Rasdi.
Terima kasih dan Syabas diucapkan kepada barisan AJK IT Rangers Sesi I 2024/2025 yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan program anjuran Kelab IT Rangers sepanjang semester ini.
Semoga maju jaya!
🌟PENGERUSI KELAB : MUHAMMAD FAHMI HAKIMIE BIN MOHD FERDUES (B02STM23F045)
🌟NAIB PENGERUSI KELAB: UMAR AFFAN BIN SAIFUL ADLI (B02STM23F502)
🌟SETIAUSAHA: AHMED SHAHPUTRA BIN ABDUL RAHIM (B02STM23F032)
🌟BENDAHARI: NUR SURAYA BINTI MOHD KHODZORI (B02STM23F053)
🌟EXCO KEBAJIKAN: MEERZANA HAZIQAH BINTI MOHD RAZALI (B02STM23F036)
🌟EXCO MULTIMEDIA: MUHAMAD AIZRIEL HAQEM BIN ABDUL RAHMAN (B02STM23F051)
🌟WAKIL 1A: MUHAMAD NURHAKIMI BIN LATIP (B02STM24F014)
🌟WAKIL 1B: VIKNA PRASAD A/L VIAYAKUMARAN (B02STM24F048)
🌟WAKIL 2 : MOHAMAD AFIQ AFIZUDDIN BIN MOHD FAISAL (B02STM23F505)
🌟WAKIL 3A: MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMMAD HILMI (B02STM23F015)
🌟WAKIL 3B : NUR ADIFFA NAJWA BINTI AHMAD FADLIE (B02STM23F043)

Photos from Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)'s post 25/11/2024
Photos from Kelab ITRangers's post 25/11/2024

20 November 2024
Panggung Syarahan KKKL
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐮𝐚𝐥 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐮𝐦𝐧𝐢 𝐒𝐓𝐌 𝐊𝐊𝐊𝐋 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐲𝐛𝐞𝐫𝐒𝐞𝐜𝐮𝐫𝐢𝐭𝐲 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚(𝐔𝐊𝐌) 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐊𝐊𝐋 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐈𝐓 𝐑𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫𝐬 𝐒𝐓𝐌 𝐊𝐊𝐊𝐋.
Peranan alumni tidak boleh dinafikan dalam berkongsi pengalaman melanjutkan pengajian dan bekerja serta menjadi panduan kepada pelajar semasa dalam menetapkan hala tuju dan arah pendidikan dan kerjaya meraka nanti.
Melalui pelaksanaan program ini, pelajar dapat mengetahui haluan yang boleh dipilih bagi menyambung pengajian dan prospek kerjaya yang akan diceburi setelah tamat pengajian kelak. Sehubungan itu, Kelab IT Rangers, KKKL mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Bual Bicara bersama 2 orang alumni KKKL yang sekarang ini sedang berkhidmat di CyberSecurity Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Majlis dirasmikan oleh Puan Noraniza binti Mat Rasdi iaitu Ketua Program STM yang turut dihadiri para pesyarah STM.
Sedikit info tentang alumni jemputan:

Aiman Aizzat bin Mohd Yusof merupakan seorang alumni dari KKKL. Beliau mendapat pendidikan peringkat sijil dalam bidang Teknologi Maklumat di KKKL bermula Jun 2018 sehingga Mac 2020. Beliau telah bergraduat dengan mencapai CGPA 3.84 dan dianugerahkan Anugerah Terbaik Program pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Tahun 2021. Seterusnya beliau telah menyambung pengajiannya ke peringkat diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dan memilih trek Keselamatan Maklumat (Information Security) di Politeknik Ungku Omar (PUO). Pengajian di PUO beliau bermula dari Mac 2021 hingga Julai 2023 dengan mencapai CGPA 3.96. Sekarang ini beliau menjawat jawatan sebagai Information Technology Support Engineer di Cyber Security Malaysia bermula dari Oktober 2023 lebih kurang untuk tempoh 1 tahun 3 bulan kini dan dalam masa yang sama melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah secara separuh masa di Universiti Teknologi MARA.
Muhammad Nur Amjadh bin Asabdeen merupakan seorang lagi alumni KKKL dari Program STM. Beliau telah bergraduat dengan mencapai CGPA 3.99. Kemudian daripada itu, Amjadh juga telah menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dengan memilih trek Pembangunan Sistem Aplikasi (System Application Development) di Politeknik Ungku Omar (PUO) juga ambilan yang sama dengan Aiman dengan mencapai CGPA cemerlang 4.00 dan melayakkan beliau dianugerahkan Anugerah Kemerlangan Akademik pada Majlis Konvokesyen PUO. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Perisian. Beliau sekarang sudah berada di tahun kedua peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat menjayakan Program Bicara Alumni ini.

Photos from Kelab ITRangers's post 25/11/2024

11 November 2024
Foyer KKKL
𝐒𝐡𝐨𝐰𝐜𝐚𝐬𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐞𝐫 𝟑 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥 𝐒𝐓𝐌𝟑𝟎𝟐𝟗𝟒-𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar IT Rangers Semester 3 atas kejayaan menjayakan Showcase Projek bagi Modul STM30294-Projek di bawah bimbingan Puan Nur Hidayah Binti Ishak.
Program ini memberikan impak besar dalam meningkatkan persiapan pelajar untuk pembentangan rasmi di Penilaian Akhir, termasuk memperbaiki kualiti projek melalui maklum balas awal daripada pensyarah, rakan sebaya, dan pihak luar. Pendedahan ini menjadikan pelajar lebih peka terhadap aspek teknikal dan persembahan projek mereka. Selain itu, pameran ini membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan melatih mereka menyampaikan projek kepada audiens pelbagai latar belakang, mengurangkan kebimbangan, dan meningkatkan kecekapan mereka dalam menjawab soalan atau kritikan. Dari segi kemahiran komunikasi, pelajar berpeluang mengasah keupayaan menyampaikan maklumat secara jelas dan berkesan kepada audiens yang berbeza. Program ini juga memupuk sikap proaktif dan inovatif dalam kalangan pelajar, mendorong mereka menghasilkan bahan yang menarik dan kreatif untuk memikat minat audiens. Keseluruhannya, pameran ini memberikan pengalaman berharga yang menyumbang kepada peningkatan kualiti projek, keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta sikap proaktif pelajar.
Sebanyak 17 projek berkumpulan telah dipamerkan, merangkumi kategori Web Development, Mobile Application, IoT, dan Game Development, iaitu:

1. Smart Bin-e
2. RFID Library KKKL
3. Bellish
4. ID TOUCH
5. Health Check Application
6. Menu Western Seaside
7. Sambal Cik Mai
8. Smart Pigeon Hole Detection
9. EZ Class
10. Sensor Alert Door Security
11. RFID Attendance User Card System
12. Door Sensor Visitor Counter
13. Website Koperasi Anak Kelantan Perantau Malaysia
14. Flood Detection System
15.Kudap Kimi
16. Sensor Alert Door Security
17. Enclipse Card
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah KKKL, En. Suhairi, serta para pensyarah STM dan para pelajar KKKL yang memberikan sokongan terhadap penganjuran showcase ini. Syabas diucapkan kepada semua pelajar IT Rangers Semester 3 atas pencapaian cemerlang mereka! 🌟

25/11/2024

Semoga pelajar-pelajar IT Rangers dipermudahkan segala urusan dan kesihatan yang baik sepanjang Minggu Peperiksaan Akhir dan Penilaian Akhir bagi sesi I 2024/2025.

You can do it!

Photos from Kelab ITRangers's post 08/11/2024

8 November 2024
Petrosains KLCC
𝑳𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑰𝑻 𝑹𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓𝒔 𝒌𝒆 𝑷𝒆𝒕𝒓𝒐𝒔𝒂𝒊𝒏𝒔 𝑲𝑳𝑪𝑪
Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains KLCC yang disertai oleh 42 orang pelajar dan pensyarah daripada Kelab IT Rangers ini adalah satu pengalaman yang bermakna. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan mendalami lebih lanjut bidang teknologi yang mereka pelajari di bilik kuliah. Di Petrosains, pelajar dapat melihat sendiri aplikasi dunia sebenar teknologi terkini dalam bidang IT, kecerdasan buatan (AI), serta teknologi-teknologi inovatif yang memberi impak kepada kehidupan seharian.

Melalui lawatan ini, para pelajar juga dapat mengetahui bagaimana teknologi digunakan dalam bidang sains dan industri, terutama sekali dalam sektor minyak dan gas yang ditonjolkan di Petrosains. Aktiviti ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya dan berdiskusi dengan pensyarah dan pegawai Petrosains, sekaligus menambahkan pengetahuan mereka tentang perkembangan terkini dalam bidang IT dan AI.

Lawatan ini bukan sahaja memperluaskan pengetahuan pelajar tentang aplikasi praktikal teknologi, malah turut menginspirasi mereka untuk meneroka lebih jauh bidang IT dan sains, mendorong mereka untuk terus mengikuti perkembangan teknologi yang pesat berkembang.

Photos from Kelab ITRangers's post 08/11/2024

22 Oktober - 25 Oktober 2025
📣📣 MINGGU PENGHAYATAN ISLAM KKKL 2024 📣📣
Pasukan Baraan IT Rangers telah menyertai Pertandingan Perarakan & Sepanduk yang lalu. Sedikit gambar dan video sepanjang persiapan dan sesi pertandingan berlangsung. Chaiyo Pasukan Baraan IT Rangers Allahu Akhbar!!

08/11/2024

Secara rasminya, logo baru bagi Kelab IT Rangers STM KKKL telah diperkenalkan. Logo ini direka khusus untuk mencerminkan identiti dan misi kelab dalam dunia teknologi dan pembangunan IT di KKKL khususnya Program Sijil Teknologi Maklumat. Dengan pelancaran logo ini, diharapkan Kelab IT Rangers dapat terus menjadi platform bagi ahli-ahlinya untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi serta membawa inovasi baharu kepada komuniti kampus.

Semoga Kelab IT Rangers STM KKKL tetap berdaya maju, memberi inspirasi kepada ahli-ahli untuk terus berkarya dan berkongsi ilmu serta menyokong perkembangan teknologi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Kelab ini juga diharap dapat memperkukuhkan silaturahim antara ahli-ahli serta memberi peluang untuk mereka menonjolkan bakat dalam pelbagai projek dan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

Dengan adanya logo baharu ini, kelab diharapkan semakin dikenali dan dihormati di kalangan pelajar, warga kampus, dan masyarakat luas sebagai sebuah kelab yang berdedikasi untuk perkembangan dunia IT.

Photos from Kelab ITRangers's post 08/11/2024

16 Oktober 2024
Foyer KKKL.
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒋𝒊𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑷𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂 𝑳𝒐𝒈𝒐 𝑰𝑻 𝑹𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓𝒔 𝑺𝑻𝑴 𝑲𝑲𝑲𝑳
Sesi Penyerahan Sijil diserahkan oleh Puan Noraniza Binti Mat Rasdi kepada pemenang pertandingan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga:
Tempat Pertama: Saudara Ahmad Iskandar Bin Rozali
Tempat Kedua : Saudari Meerzana Haziqah Binti Mohd Razali
Tempat Ketiga: Saudari Reesh*ta a/p Kumanan
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih semua pelajar yang hadir!!

Photos from Kelab ITRangers's post 08/11/2024

16 Oktober 2024
Foyer KKKL.
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒋𝒊𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑱𝒖𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂 𝑳𝒐𝒈𝒐 𝑰𝑻 𝑹𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓𝒔 𝑺𝑻𝑴 𝑲𝑲𝑲𝑳
Sesi Penyerahan Sijil diserahkan oleh Puan Noraniza Binti Mat Rasdi kepada dua orang juri yang ditempat khas dari Program STM KKKL. Sedikit info tentang juri iaitu Puan Zarimah merupakan pensyarah modul Multimedia yang pakar dalam bidangnya. Manakala Puan Syamimah Salmi, yang sering dikenali sebagai Mummy, adalah Pegawai Unit Komunikasi Korporat dan seorang yang arif dalam menilai estetika serta ketulinan sebagai juri.
Terima kasih puan berdua atas komitmen dan dedikasi mereka diatas tugas yang diberikan 😘

Photos from Kelab ITRangers's post 08/11/2024

9 Oktober 2024 (Rabu)
Padang Futsal & Bola Tampar, KKKL
𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗬 𝗦𝗧𝗠𝟭𝗔 𝗩𝗦 𝗦𝗧𝗠𝟭𝗕
Sekitar aktiviti pelajar STM1A dan STM1B sesi Program SPaK bersama Penasihat Akademik.

Want your school to be the top-listed School/college in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Jalan Sultan Suleiman Shah, Kampung Kathong
Banting
42700