PropVestor

PropVestor

Share

"Daripada beli Honda, baik beli rumah!"

Photos from PropVestor's post 30/04/2021

BETUL KE TAK ADA ORANG NAK SEWA ?
Antara perkara yang paling ditakuti orang yang baru nak mula melabur dalam hartanah ialah jika takde orang nak sewa rumah mereka.
"Betul ke bro ada orang nak sewa ? " Ni soalan yang saya selalu dapat.
Sebenarnya saya pun alami benda yang sama waktu mula-mula buat keputusan nak melabur dalam hartanah. Lepas dapat kunci rumah pertama rasa berdebar betul.
Ya lah, beli rumah mahal-mahal kalau takde orang sewa kan dah rugi nanti.
Tapi, lepas saya buat beberapa perkara, alhamdulillah ada saja orang yang akan sewa rumah saya. Walaupun pada waktu krisis ekonomi semasa pandemik covid.
Antara perkara yang saya buat ialah :
1) Iklan 'dummy'
Sebelum beli sesuatu hartanah kita boleh uji 'demand' pada rumah sewa di kawasan itu dengan iklan 'dummy'.
Kalau terima banyak permintaan untuk 'viewing', maksudnya insyaAllah permintaan di kawasan itu bagus.
2) Labur sikit untuk iklan yang bagus
Selepas rumah siap dan sedia untuk disewa, saya akan labur sedikit wang untuk buat 'priority ad' di laman sesawang seperti mudah.my.
Biasanya harga tak mahal sangat pun. Dan iklan kita akan sedia berada di halaman pertama carian.
Jadi, kita boleh dapat lebih banyak capaian pada penyewa-penyewa yang berpotensi.
Jangan kedekut, sebab lebih baik keluarkan kos yang tak seberapa untuk iklan berbanding biarkan sahaja unit kita kosong berbulan.
3) REN
Dapatkan bantuan REN yang berpengalaman. Mereka ni bukan sahaja mempunyai 'networking' yang bagus, mereka juga boleh memudahkan urusan sewaan kita.
Antaranya, REN yang bagus akan bantu siapkan perjanjian sewaan beserta stamping. Dan kebiasaannya mereka akan jadi orang tengah untuk urusan antara kita dengan penyewa.
Mereka juga biasanya kenal ramai tukang. Jadi, apa sahaja masalah penyewa seperti kerosakan paip, lampu dan sebagainya boleh diselesaikan cepat.
4) Hiasan dalaman
Apa yang membezakan antara unit kita dengan unit lain sebenarnya hanyalah harga dan hiasan dalaman.
Hiasan dalaman yang 'appealing' beserta kelengkapan perabot yang penuh menjadikan unit kita lebih mudah untuk bersaing berbanding unit lain.
Tapi perlu ingat, hiasan dalaman memang lah perlu cantik, tetapi dalam masa yang sama tidak melampau kos nya.
Kalau ikut semua langkah-langkah ni saya yakin insyaAllah akan ada penyewa.
Jadi apa lagi ? Jom mula melabur !

Photos from PropVestor's post 26/03/2021

TIGA kesilapan biasa yang buat 'credit score' rabak.

Antara perkara penting yang menentukan tahap kesihatan kewangan seseorang ialah markah kredit (credit score). Markah kredit yang baik akan memastikan seseorang itu mudah untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan dari institusi kewangan seperti bank.

Jadi, tabiat kewangan yang baik adalah penting untuk memastikan markah kredit sentiasa dalam keadaan baik dan cantik.

Antara perkara yang korang semua perlu elakkan untuk memastikan markah kredit tidak terjejas ialah :

1) Menjadi Penjamin

Kalau seseorang itu memerlukan penjamin untuk membuat pinjaman/pembiayaan, itu sudah cukup menunjukkan yang orang itu sebenarnya ada masalah dari segi kewangan.
Jika tiba-tiba dia gagal untuk bayar pinjamannya, dah pasti kita yang akan perlu bayarkan. Sudah lah markah kredit terjejas, hubungan kita dengan orang itu pun tentunya akan terjejas juga.

Sebaik-baiknya, tolak permintaan untuk jadi penjamin walaupun ahli keluarga sendiri.
Dan sebaliknya boleh cadangkan kepada mereka untuk perbaiki dulu status kewangan mereka atau rujuk sahaja mereka kepada orang yang pakar.

2) Culas membayar komitmen bulanan / bil.

Bagaimana kita membayar komitmen bulanan seperti bayaran pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya sebenarnya akan direkod ke dalam penyata CCRIS (credit central reference information system) kita.
Sebarang kelewatan pembayaran akan dipamerkan dalam rekod sehingga 12 bulan lamanya. Dan ini akan mempengaruhi pemarkahan kredit kita.
Selain itu, kelewatan pembayaran juga boleh menyebabkan kita dikenakan denda daripada institusi kewangan.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kita boleh buat tetapan pemotongan automatik daripada akaun setiap bulan. Ini sangat berguna terutamanya bagi orang yang selalu lupa dan sibuk.

3) Tak pernah periksa rekod.

Ini kesilapan yang paling ramai orang lakukan termasuklah saya sendiri. Bila dah buat keputusan nak mohon pinjaman / pembiayaan baru lah nak periksa CCRIS dan CTOS.
Tiba-tiba terperanjat sebab ada masalah kredit sebenarnya.

Jadi, ambil langkah proaktif, periksa markah kredit anda secara berkala. Jika ada masalah, boleh selesaikan secepat mungkin insyaAllah.
Macam mana nak periksa ?

Untuk laporan CCRIS, boleh guna 3 cara :

1) 'walk-in' ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM).

2) daftar akaun online dengan cara isi borang di pautan https://www.bnm.gov.my/download-forms kemudian akses akaun online CCRIS di https://eccris.bnm.gov.my.

3) dapatkan di laman web CTOS (bukan percuma)

Photos from PropVestor's post 08/03/2019

MASIH RAMAI YANG BERANGGAPAN KWSP CUKUP DITINGGALKAN UNTUK KELUARGA

ANDA PERLU TAHU :

1. Penamaan dalam KWSP hanya berfungsi sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka simati.

2. Isteri mempunyai hak dalam faraid yang berbeza-beza 1/4 atau 1/8

3. Ibu dan bapa kepada simati juga ada hak dalam faraid.

4. Jika tiada waris asabah terdekat, adik beradik simati juga ada hak dalam faraid.

Ini bererti KWSP yang ditinggalkan mungkin perlu diagihkan atas tuntutan syarak.

Andai isteri yang diletak sebagai penama mengabaikan pembahagian yang dituntut oleh syarak tersebut, apakah perasaan suaminya dikubur?

Perbanyakkan ikhtiar bagi yang mampu.

JOM AMBIL TAHU
www.wasap.my/601110811493/hibah+takaful
Takaful Consultant
Prudential BSN Takaful

24/02/2019

Al Imam Abul Atahiyah R.A. berkata:
اقْضِ الحَوَائجَ ماسْتَطَعْتَ
وكُنْ لِهَمِّ أَخِيكَ فَارِجْ
فلْخَيرُ أَيَّامِ الفَتَى
يَوْمٌ قَضَى فِيهِ الحَوَائجْ

Artinya :

Penuhi lah hajat-hajat beberapa orang selama engkau mampu
Dan jadilah sebagai penebus kesusahan saudaramu
Maka sungguh sebaik-baik hari seorang pemuda
Adalah hari di mana dia dapat memenuhi beberapa hajat orang lain

Want your business to be the top-listed Finance Company in Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Bahru