GENERASI

GENERASI

Share

Photos from GENERASI's post 05/02/2026

PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI) tidak akan sesekali berundur dalam mempertahankan hak serta kebajikan peneroka FELDA dan generasi pewaris tanah rancangan yang sekian lama menjadi tulang belakang pembangunan negara.

GENERASI akan terus menjadi vehicle utama kepada Lajnah Tanah PAS Pusat dalam mengangkat suara rakyat peneroka yang selama ini sering dipinggirkan, dizalimi dan dinafikan hak mereka oleh pihak-pihak tertentu.

Malam ini, satu pertemuan strategik telah diadakan bersama Saudara Naraza Muda dan Dr. Mukhtaruddin Musa bagi membincangkan isu-isu kritikal yang membelenggu warga FELDA. Perbincangan ini mencapai kesepakatan bahawa perjuangan membela nasib peneroka mesti diperkasakan dengan gerak kerja lebih agresif, tersusun dan berani.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Saudara Sahir Ab Raman, Setiausaha Lajnah Tanah PAS Pusat, yang komited memastikan suara peneroka terus diperjuangkan sehingga ke peringkat dasar dan polisi negara.

GENERASI bertekad untuk memastikan:
🔥 Hak peneroka terus dipertahankan
🔥 Penindasan terhadap warga FELDA ditamatkan
🔥 Masa depan generasi FELDA terus terbela
🔥 Suara peneroka menjadi kuasa perubahan negara

Perjuangan ini bukan sekadar agenda organisasi, tetapi amanah rakyat yang wajib dipikul sehingga kemenangan hak dan maruah peneroka FELDA dikembalikan.

Peneroka bukan untuk dipergunakan ketika pilihan raya, tetapi wajib dibela sepanjang masa.

Mantan Presiden Generasi
Ustaz Roslan bin Md Esa

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Culinary Team

Attire

Website

Address

Lot 3860, Mukim T**i Gajah, Sekyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar
Alor Setar
06550