FAMA Negeri Kedah

FAMA Negeri Kedah

Share

03/06/2026

🚀 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛‼️
PELUANG YANG JARANG DATANG DUA KALI! 🚀

Masih bergantung kepada pelanggan yang datang sendiri? Masih tercari-cari cara nak tingkatkan jualan melalui TikTok, Facebook, Instagram dan platform digital?

🔥 Inilah peluang untuk ubah bisnes anda ke tahap seterusnya! 🔥

🔥 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 🔥

📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 & 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀
🏢 EDC UUM, Kedah
📅 28 - 30 Jun 2026

FAMA melalui AgroBazaar Online membuka hanya 45 tempat SAHAJA untuk usahawan yang benar-benar serius mahu belajar strategi pemasaran digital terkini daripada pakar industri.

✅ Belajar pemasaran digital yang terbukti berkesan
✅ Teknik pemasaran TikTok, Facebook & media sosial terkini
✅ Meningkatkan jualan dan capaian pelanggan secara online
✅ Makan minum dan penginapan disediakan
✅ Peluang networking bersama usahawan seluruh negara

⚠️ 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗!
Hanya 45 usahawan NEGERI Kedah terawal akan dipertimbangkan.

📌 Cara Penyertaan:
1. Daftar melalui pautan/QR Code yang disediakan di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScK4B-CWEgE4YG5b_oEY3rhHRO0bjSHVlS9C_0hhkekJqdhLA/viewform

2. Ambil screenshot bukti pendaftaran.

3. Hantar screenshot tersebut kepada:

📞 En. Mohd Khairil Izwan FAMA Negeri Kedah 012-495 9463

📌 Selepas itu, pihak urus setia akan menghubungi tuan/puan untuk penerangan lanjut mengenai kaedah pembelian seat kursus melalui platform AgroBazaar Online. Hanya RM50 sahaja.

⏳ Jangan tunggu saat akhir! Ramai usahawan mengeluh jualan perlahan, tetapi tidak semua sanggup mengambil peluang untuk belajar dan berubah.

💥 Hari ini anda membuat keputusan, beberapa bulan lagi anda mungkin menikmati hasilnya.

45 tempat sahaja. Apabila penuh, penyertaan akan 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 serta-merta.

👉 Daftar sekarang, screenshot dan terus WhatsApp kepada En. Khairil sebelum tempat habis! 💪📈🔥

"𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈: 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍"

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
FAMA Malaysia
AgroBazaar Online
Agrobazaar Online Kedah

01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡

𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga kerja FAMA negeri Kedah merafak sembah mendoakan semoga Allah SWT lanjutkan usia, kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan memayungi pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan keberkatan, kedaulatan dan kesejahteraan.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, terus menaungi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada :

PENGARAH & WARGA KERJA
FAMA NEGERI KEDAH

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Pejabat FAMA Negeri Kedah, Jalan Perak, Kampung Gunung Sali
Alor Setar
05150