Mohamad Razif
04/06/2026
Cetakan terbaharu (2025) Muqaddimah Ibn Khaldun daripada Dar al-Fajr di Dimashq.
Naskhah tahqiq ‘Abdullah al-Darwish ini tidak setebal tahqiq Ibrahim Shabbuh cetakan Mesir atau cetakan Turkiye yang terkenal itu.
Cuma, ia sudah memadai bagi saya dari sudut tahqiq. Kualiti kertasnya juga amat baik.
Beli di PBAKL.
02/06/2026
“Boleh ke saya baca Ali Shariati?”
Tanya seorang kenalan FB ketika kami bertemu di PBAKL tadi.
Sebelum mula membaca buku-buku Ali Shariati, perlu kenal siapa beliau. Beliau adalah pemikir Iran yang memadukan pemikiran Fanon, Sartre, Marxisme dengan teologi Syiah.
Perlu baca penulisan-penulisan beliau sebagai pemikir sosial-keagamaan, bukan rujukan asas akidah.
Bagi pemula, boleh dimukadimahkan dengan buku “Man and Islam”, “What is to be Done?”Saya sendiri kenal beliau melalui bukunya “Hajj” dan idea “Rausyan e-fikr”
Kalau sudah jelas asas pemikirannya, mungkin sesuai masuk ke perbincangan yang lebih serius seperti “Religion vs Religion” dan kritik beliau kepada Marxisme dalam “Marxism and Other Western Fallacies”.
Sebesar mana tokoh pun, mesti ada yang mengkritiknya. Seingat saya, Ayatollah Murtada Muttahari ada mengkritik Shariati yang katanya tidak cukup kemas latarbelakang fiqh dan falsafah Islam klasik.
Setahu saya, terjemahan buku-buku beliau ada dijual di Toko Buku Rakyat di PBAKL.
Kesimp**annya, boleh saja baca. Cuma, sentiasalah kritis dengan apa jua idea.
27/05/2026
Isu triniti adalah amat sensitif bagi Muslim. Malah, Allah SWT murka terhadap konsep tersebut.
يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْحَقَّ ۚ إِنَّمَا ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَكَلِمَتُهُۥٓ أَلْقَىٰهَآ إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌۭ مِّنْهُ ۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۖ وَلَا تَقُولُوا۟ ثَلَـٰثَةٌ ۚ ٱنتَهُوا۟ خَيْرًۭا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ سُبْحَـٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٌۭ ۘ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًۭا ١٧١
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). Surah al-Nisa’: 171
Tapi sebagai Muslim yang hidup dalam negara multi-agama, kita menghormati kepercayaan agama lain.
Isu penyembahan berhala adalah amat sensitif bagi Muslim. Ajaran kita tidak mengiktiraf tuhan lain selain Allah. Tapi kerana perintah Allah SWT, kita tidak akan mencaci sembahan lain.
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
“Dan janganlah kamu memaki cerca ilah-ilah (sesembahan) yang mereka ibadahi selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau p**a tanpa ilmu.” (Surah al-An’am: 108)
Ini toleransi yang Islam ajarkan.
Menghormati jiran non-Muslim tidak memerlukan kita menyembunyikan ibadah yang Allah perintahkan.
Melakukan korban di tempat yang diizinkan, mengikut prosedur, dengan adab, itu bukan provokasi. Itu hak beragama yang dilindungi oleh perlembagaan dan lebih penting, oleh perintah Allah.
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Dan barang siapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati." (Surah al-Hajj: 32)
Kita bukan Muslim apologetik. Adab menjaga cara. Apologetik mengorbankan prinsip.
Adab ialah melakukan syiar dengan cara yang terbaik. Sembelih di tempat yang sesuai, edar daging kepada kejiranan dan mereka yang memerlukan. Jelaskan falsafah korban jika ditanya.
Di kawasan kejiranan majoriti non Islam, umat Islam digalakkan menyediakan hidangan yang sesuai agar jiran non Muslim turut merasai kemeriahan Aidiladha kerana korban adalah jambatan ukhuwwah insaniah. Bahkan dalam konteks masyarakat Orang Asli non Muslim, sebahagian para fuqaha’ mengharuskan pemberian daging korban kepada mereka sebagai usaha dakwah.
Apologetik p**a ialah malu kepada syiar agama itu sendiri. Sengaja menyoroknya, membungkusnya, meminta maaf kerananya.
Tak boleh tengok pisau tajam? Tak boleh tengok darah? Saya boleh senaraikan ritual-ritual agama lain yang melibatkan benda tajam dan darah manusia. Tapi, kita hormat kepercayaan agama lain.
Individu yang tidak sanggup melihat ibadah korban punya penyelesaian di hujung jari. Gunakan setting penapis media sosial. Atau, “scroll” sahaja. Maka tidak ada alasan bagi Muslim untuk menyorokkan ibadahnya atas nama “common sense”.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله، الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Click here to claim your Sponsored Listing.