Junaidi Che Omar
29/06/2020
MENGAPA PERLU ADA “BIG WHY”
Apa itu BIG WHY dan kenapa ianya penting?
BIG WHY mungkin anda pernah dengar sebelum ni. Tapi apa maksud yang sebenarnya?
“BIG WHY” adalah satu titik, asbab atau suatu perkara yang boleh mainkan perasaan, perkara yang benar-benar menyentuh perasaan dan sangat-sangat perlukan. Ianya mungkin berkait rapat dengan kenangan masa lalu yang tak ingin ianya berulang atau mungkin juga berkait dengan kekeluargaan yang pernah susah pada suatu masa lalu yang tidak inginkan ianya berulang kembali ataupun impan anda.
“BIG WHY” diwujudkan bertujuan membakar emosi sendiri bagi menaikkan semangat untuk senantiasa FOKUS dalam apa perkara yang dilakukan.
“BIG WHY” ni umpama niat. Macam nak solat. Ada niat kan. Dan niatnya jelas. Nak solat apa? Berapa rakaat? Fardhu? Sunat? Jamak? Qasar?.
Itulah jugak sepatutnya “BIG WHY”. Iaitu niat asal anda buat bisnes ni. Dan “BIG WHY” ni p**ak kena POWER dan JELAS.
POWER maksudnya, apa pun yang berlaku anda sanggup hadap. Orang kutuk anda relax. Orang perli, anda buat tak reti. Orang cuba patahkan semangat, anda masih lagi GAGAH tanpa menghiraukan orang yang berfikiran NEGATIF.
Tetapi, ramai yang cakap. Jika mahu berjaya dalam bisnes, perlu selesaikan masalah orang. Lebih ramai orang yang kita bantu selesaikan masalah mereka, lebih banyak duit akan datang pada kita.
Untuk memulakan TINDAKAN berniaga anda perlukan pegang “BIG WHY” yang kuat.
Dan untuk berjaya dalam bisnes p**a perlu, utamakan untuk MENYELESAIKAN masalah prospek kerana dimana ada masalah disitu wujudnya perniagaan.
Kesimp**annya, untuk BERTINDAK secara bersungguh-sungguh dan konsisten sehingga anda mencapai apa yang anda inginkan perlu adanya “BIG WHY”.
Dan untuk BERJAYA capai “BIG WHY” anda. Anda perlu menyelesaikan MASALAH prospek anda supaya bisnes berkembang maju.
Tak tertinggal seorang Billionaire,Jutawan atau orang berjaya didalam bidang
masing-masing di dunia ini tanpa ada “BIG WHY” yang jelas.
Junaidi Che Omar ✌🏼
23/05/2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua saudara-mara dan sahabat..
“Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.”
30/04/2020
Menurut Brian Tracy, masa itu terbahagi kepada 4 ciri utama;
1. Tidak boleh disimpan (Perishable).
Masa tidak boleh disimpan. Masa hanya boleh dihabiskan. Satu-satunya perkara yang dapat kita boleh lakukan ialah menghabiskan masa dengan cara yang bermanfaat.
Kita boleh susun semula masa kita dari aktiviti yang bernilai paling rendah kepada aktiviti yang bernilai paling tinggi.
Mungkin aktiviti paling bernilai bagi kita adalah bermain dengan anak.
Mungkin juga aktiviti nilai paling rendah bagi kita adalah tidur.
Kenalpasti dahulu tahap dan nilai aktiviti harian anda dan seterusnya susun mengikut keutamaan.
2. Keperluan (Indispensable)
Semua kerja memerlukan masa. Tidak kira apa yang kita buat dalam hidup, semuanya memerlukan masa.
Nak makan pun kita perlu masa. Nak mandi pun perlu masa. Nak tidur pun kita perlu masa.
Menurut Rules 10/90, dengan 10% masa yang kita luangkan untuk merancang mampu menjimatkan 90% tenaga dan usaha yang bakal kita gunakan untuk mencapai matlamat.
Dengan merancang dan berfikir lebih awal dapat mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk melakukan satu-satu aktiviti.
Saya petik bait lirik dalam lagu rap 'Apa Khabar' karya Joe Flizzow
"Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal."
3. Tiada ganti (Irreplacable)
Ini ciri paling penting. Duit kalau hilang kita boleh cari. Masa yang hilang kita tidak boleh ganti.
Ramai orang mengidam mempunyai kebebasan masa. Mahu keluar dari 'rat race' dan lakukan apa yang kita s**a mengikut jadual waktu yang kita tetapkan.
7/10 pemilik bisnes yang saya jumpa, mereka mahukan kebebasan masa untuk bersama dengan keluarga.
Malangnya, 8/10 daripada pemilik bisnes khususnya PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) masih lagi terikat dan terkurung dalam penjara bisnes masing-masing.
Apa maksud terkurung dalam penjara bisnes?
Bila bos cuti bisnes pun ikut cuti. Bila bos MC bisnes pun ikut MC. Bila bos tak masuk kedai, bisnes pun tak jalan.
Itu maksud terkurung dalam penjara bisnes.
Kita hanya boleh mendapat kebebasan masa sekiranya kita mampu mendahului masa. Pokoknya adalah merancang.
4. Capai (Accomplish)
Setiap orang pasti ada matlamat yang ingin dicapai.
Guru saya pesan, jika ingin tetapkan satu-satu matlamat dalam hidup, pastikan ianya boleh diukur dan boleh dicapai.
Dalam bahasa yang lebih mudah. Matlamat perlu diserta dengan nombor atau tempoh masa.
Contoh, matlamat saya adalah untuk membantu 1 juta usahawan di Malaysia mendalami ilmu pengurusan bisnes menjelang tahun 2030.
Matlamat tanpa nombor adalah ibarat memburu tanpa kenal buruan.
Busur, anak panah semua sudah sedia. Pergi ke hutan nak buru rusa. Malangnya, rusa pun kita tidak kenal bagaimana rupa.
'Four Rules of Time' ini adalah fundamental sahaja.
Praktikalnya masih terp**ang pada diri kita.
Siapa Brian Tracy ini?
Beliau merupakan motivator dan penulis terkemuka di dunia.
Beliau telah menulis lebih daripada 70 buah buku dan merupakan konsultan kepada lebih daripada 1000 syarikat terkemuka dunia.
Musim Perintah Kawalan Pergerakan dan Ramadhan ini kita banyak bermain dengan masa.
Moga perkongsian ini dapat membantu kita memperbaiki pengurusan masa.
30/06/2019
Jamuan Raya 2019
Click here to claim your Sponsored Listing.