Apcel team toktie
11/10/2022
✅️RESEPI ACAR BUAH
════•❁🌸⚘🌼❁•════
IKLAN:
Nak kawen ke tuuu🤭🤭🤗🥰
Tengah cari AKSESORI PENGANTIN utk disewa?
Jom FOLLOW👇🏻🥰🙏🏻macam2 ada🥰
Aksesori Pengantin
BBOS Gallery - Aksesori Pengantin
FB : BBOS GALLERY - Aksesori Pengantin
Insta :
════•❁🌸⚘🌼❁•════
BAHAN A
- 1.5 cawan minyak untuk menumis
- 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1 sudu besar biji sawi
- halia sebesar ibu jari (ditumbuk)
BAHAN B (rempah tumis, campur semua sekali)
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar penuh serbuk cili
- 1/3 sudu besar halba sahaja*
- 1/2 sudu nesar jintan putih biji*
- 1/2 sudu besar jintan manis biji*
- 1 sudu besar rempah biji
Tanda * goreng kering dn tumbuk
BAHAN C
- 3/4 botol cuka makan
- 1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
- garam
BAHAN D
- 1/2 kilo buah2 jeruk campur
- 3 biji limau jeruk
- prune tanpa biji
- buah kurma sekotak
- 1 cawan cili padi (lebih banyak lebih sedap)
- 15 ulas bawang merah (belah dua)
- 15 ulas bawang putih (belah dua)
- 1 cawan kismis
- halia sebesar 1/2 tapak tangan
BAHAN E (untuk tabur)
- 3 sudu besar bijan (sangai)
- 2 sudu bessr biji sawi (sangai)
CARA BUAT
1) Panaskn minyak
2) Tumiskan bahan A sehingga garing
3) Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4) Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5) Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan. air dr buah2an akan sendiri nya keluar sebagai kuah)
Boleh bertahan 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air.
Selamat mencuba pada yang inginkan resepi acar buah ini😋
Kredit: RH Niesya Tahir
11/10/2022
Sotong goreng lada + ubi kentang
Bahan-bahan
Stgh kilo sotong...
lada hitam 1 sudu kecil
halia 1 inci
Bwg kecik 2 ulas
Bwg putih 1 ulas
Tumbuk ya bhn di atas
dan gaulkan dgn Sotong..yg di letakkan sedikit serbuk kunyit .. masukkan
1ketul pati ayam knorr
sedikit garam..dgn gula
2biji ubi kentang grg ketepikan
Sebiji bwg besaq
Cili padi 6 biji
Cili merah sebiji
Cara²
Tumiskan sotong , Masak sampai air sotong kering... kemudian
masukkan air asam jawa ,pati ayam seketul ..
dgn ubi kentang yg di grg xd...
masak sampai kuah pekat kemudian
Masukkan Bwg besar sebiji ,
cili padi..dgn cili merah
Siap☺
Kredit:siti fatimah
10/10/2022
Stew ayam lagi. Memang fevret pakdin. Buat hari hari pun takpa.
Simple kali ni mak cedok resepi dari gugel :
Ayam potong kecik kecik
1 biji bawang holland dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris halus
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga
Tumis semua tu sampai wangi. Then masukkan :
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu lada hitam ditumbuk
Air sedikit jika perlu
Korang boleh tambah s**atan sos tu ikut sesuai rasa. Kalau nak lagi umph boleh buat 2 ke 3 sudu camtu.
Gaul kejap baru masukkan ayam dan renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh.
Lepas tu masukkan :
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merak dipotong dadu
1 kiub ayam
Garam gula secukup rasa
Air sedikit ikut nak kuah banyak mana
Bila kentang lobak dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Haaa dah pun siap. Boleh la tabur daun bawang daun sup masa menghidang. Sedap weyh. Wajib try no. Kompem korang hirup sampai ke titisan kuah yang terakhir gituu.
So selamat mencuba!
Kredit : ciktun
18/07/2020
Alhamdulillah .. Tq cucu kesayangan maktok jadi model maktok..
Anak2 support bisnes toktie..
Kopi bukan sebarang kopi.. Kopi luar biasa..
Kopi kesihatan yang terbaik abad ini..
Belum cuba belum tau.. Kalau dah cuba pasti jadi ahli...
Pos pun xlambat 1hari dah smpai pos maqin dri kedah ke cheras harini dah sampai..
Time sejuk guni kena kopi apcel panas2 tu ka sedap laa..
Nak order by cod atau pos wasap toktie naa..
Jangn lupa tagline toktie naa..
"customer sihat, kami bahagia"
Jom sama2 sihat kekal cergas sepanjang masa..
http://www.wasap.my/601133194894/apcelcafe
Click here to claim your Sponsored Listing.